Dapur

Resepi Kerabu Kerang Bersama Taugeh Macam Makan Di Kampung, Memang Padu!

29
SHARES

Juadah masakan kampung sudah semestinya menjadi kegemaran sesiapa sahaja. Tidak begitu sarat, namun ‘kaya’ dengan pelbagai rasa yang sedap di tekak, menu sebegini sebenarnya sukar didapati di kawasan bandar.Antara juadah yang mendapat tenpat di hati orang ramai adalah menu kerabu.

Dalam pelbagai pilihan menu kerabu, ada satu menu kerabu yang paling digemari iaitu kerabu kerang bersama pucuk selom dan taugeh. Nampak mudah tetapi membuat juadah ini memerlukan rencah yang betul, baru menjadi. Jadi, jom kita tengok apa resepinya.

Resepi Kerabu Kerang Pasti Sedap

1. Serai.

2. Lengkuas

3. Halia

4. Bawang besar

5. Lada hitam

6. Cili

7. Gula

8. Garam

9. Ajinomoto

10. Belacan dan Sedikit air (Boleh dimasukkan sedikit kerisik kelapa)

A. Blend semua bahan-bahan di atas.

11. Kerang

12. Daun Selom

13. Taugeh

14. Bawang Merah.

B. Kerang direbus dan dibuang kulit.

C. Daun Selom dihiris halus.

D. Toskan Taugeh untuk kekalkan kerangupan.

E. Bawang Merah dihiris nipis.

F. Gaul semua hingga sebati dan sedia dihidang.

Juga sedap dimakan begitu saja.

Sumber: Belacan Fresh Kuala Perlis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×