Dapur

Dalam Banyak-Banyak Karipap, Ini Resepi Yang Paling Sedap!

66
SHARES

Sudah bermacam-macam jenis resepi karipap telah dicuba, tetapi semuanya tidak menjadi! Oleh itu, apa kata anda cuba pula resepi karipap yang dikongsikan di laman Facebook, mendapat lebih tujuh ribu perkongsian. Katanya, inilah resepi karipap yang paling sedap pernah dicuba.

RESEPI KARIPAP PALING SEDAP

Dalam banyak-banyak resepi karipap yang saya dah pernah buat, yang ni yang paling sedap. Ambik resepi dari sini jugak. Cuma resepi inti je saya olah ikut cara saya. Terima kasih empunya resepi (maaf lupa nama).

BAHAN BANCUHAN TEPUNG (kulit karipap)

1/2 kilo tepung gandum

1/2 cawan minyak masak

2 Sb tepung jagung

2 Sb tepung beras

1 cawan air sejuk dari peti ais

1 sk garam

BAHAN INTI

4 biji kentang (potong dadu kecil)

Sedikit ayam/daging ( cincang )

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

2 Sb rempah kari daging

1 Sk jintan manis

1Sk serbuk ketumbar

Sedikit daun kari

Garam dan gula secukup rasa.

Cara memasak kulit karipap

1. Panaskan minyak sehingga betul2 panas dan masukkan ke dalam tepung.

2. Kacau dgn senduk dan kemudian dgn jari sampai berderai.

3. Masukkan air. Uli sehingga sebati.

4. Bahagikan bancuhan bulat-bulat sesuai utk size 1 biji karipap. Rehatkan sekejap doh tersebut.

5. Nipiskan doh (jangan terlalu nipis). Masukkan inti, kemudian kelim atau guna acuan karipap .

6. Goreng dengan api perlahan.

(Cara Membuat Inti)

karipap sedap

1. Tumiskan bawang besar & putih sehingga naik bau.

2. Masukkan rempah dan daun kari. Masak rempah seketika kemudian baru masukkan ayam/daging, dan diikuti dgn kentang. Perasakan dgn garam dan gula sedikit. Boleh perasakan dgn kiub pati ayam.

3. Masak sehingga ayam/daging masak dan kentang lembut. (Inti jgn terlalu berminyak dan berair, biar betul-betul kering).

*saya pernah buat bancuhan tepung tanpa panaskan minyak. Alhamdulillah menjadi jugak cuma kurang rangup.

Sumber: Fadila Sofia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×