Dapur

Resepi Fishcake Homemade, Kos Tak Sampai RM20 Dapat 7 Jenis!

1.5K
SHARES

Setiap kali berkunjung ke gerai makan yang dipanggil ‘uptown hawker’ pasti ada sahaja gerai yang menjual aneka jenis fishcake. Bukan sahaja boleh dimakan seperti yong tau fu, malah pilihan fishcake ini juga dimakan bersama sup atau digoreng. Tapi disebabkan kita tak boleh dine-in, nak keluar bungkus pun mungkin jauh, inilah masanya kena buat secara homemade sahaja di rumah. Kos tak sampai RM20 tapi boleh dapat 7 jenis fishcake, jom kita cuba resepinya!

Baca juga: Resepi Sizzling Yee Mee Homemade Tak Payah Guna Hot Plate, Kecur Liur!

RESEPI FISHCAKE HOMEMADE, MACAM CHINESE STYLE!

Hai korang! Sebab ramai giler yang request, dengan pantas akak share resepi dan cara buat homemade fish cake. Senang kos pun tak banyak…yang penting bersih halal. Dengan kos tak sampai RM 20 boleh dapat 7 jenis fishcake ni…boleh makan satu family. Silakan share. Akak halal kan ilmunya. Mana tau korang nak meniaga kan. Akak pun bukan expert pun terkial-kial nak buat. Ni pun pertama kali buat.. Alhamdulillah menjadi.

BAHAN-BAHAN

-Isi udang 10 ekor rm 6

-Sotong 10 ekor (kecik) rm 5

-Ikan dory rm 6 sekeping

-Bawang putih 2 biji

-1/4 cawan tepung gandum ( tepung ni putih yer ..cahaya lampu buat warna tepung ni bertukar)

-1/4 cawan tepung ubi kentang

-1 sudu teh garam

-1 sudu teh gula

-1/2 sudu teh lada sulah

– Carot dan Kucai

-Cili api ( kalau suka pedas)

-Putih telur 2 biji

-Minyak masak 3 sudu

CARA-CARA BUAT FISHCAKE

1.Masukkan semua seafood dalam food prosessor

2. Blend sekejap

3.Masukkan semua bahan

4.Last sekali masukkan sayur

5.Ni kalau nak bulatkan

6.Ni kalau nak buat panjang

7. Gorengkan

8.Yang ni akak lapis kan dengan seaweed

9.Boleh jugak letak sayur sayuran.

10. Siap! Memang sedap!

Sumber: Norlaila Dlaila

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×