Dapur

Boring Masak Kari & Gulai, Ini Resepi Daging Masak Hitam Sure Tak Cukup Sepinggan

288
SHARES
Resepi daging hitam

Masakan daging sememangnya sinonim dengan kali Hari Raya Korban.

Kadang-kadang banyak juga daging korban yang kita dapat sampai tak tahu nak masak apa kan?

Kadang-kadang boring juga kalau asyik buat goreng kunyit dan kari.

Jadi apa kata kita cuba resepi daging masak hitam oleh Noor Farhana yang simple tapi marvelous ni.

Serius sedap tau daging masak hitam ni.

Bila makan sure bertambah. Tambah pulak kalau makan dengan pulut ke… Perghhh confirm berebut.

Saya bawa ke ofis hari tu pun tak sempat nak menambah, tengok-tengok dah settle semua.

Siap ada yang bubuh bekas lain nak bawak balik.

Resepi daging masak hitam ni simple jer, jangan risau.

Mudah dapat, mudah sedia, dan sangat sedap.

Jom tengok resepi lengkapnya di bawah ni.

Resepi Daging Masak Hitam Simple Tapi Sure Makan Bertambah

Bahan-bahan

  • Daging – anggaran 1 kg
  • Rempah 4 sekawan
  • Kerisik
  • Santan
  • Daun kari
  • Gula merah
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Garam

Bahan kisar*

  • Bawang besar 3 bji
  • Bawang putih 4 ulas
  • Tomato 2 bji besar
  • Halia 2cm
  • Lengkuas 2cm
  • Serai 3 batang
  • Cili kisar

Cara masak

1. Blender

Mula-mula sediakan bahan kisar dalam senarai bertanda * dan masukkan dalam blender.

Kisar sampai hancur.

2. Tumis

Selepas tu kita tumis rempah 4 sekawan, dan bahan blender.

Kemudian tumis sekali cili kisar (banyak mana nak bubuh ikut kepedasan) dan daun kari.

Kacau-kacau kejap sampai sebati dan naik bau.

3. Masukkan Daging

Lepas tu masukkan daging.

Diikuti dengan kicap pekat, kicap manis, gula merah 2 sudu besar dan kerisik.

Masak sampai daging empuk dan pecah minyak.

4. Bubuh Santan

Bagi kuah kering sikit lepas tu masukkan pati santan.

Akhir sekali perasakan dengan garam.

Boleh tambah ikut rasa sesuai masing-masing.

Siap!

Dah siap dah daging masak hitam kita.

Hidang panas panas makan dengan nasi putih memang sedap.

Tapi yang ni ratah saja pun sedap… Sekuali jap je habis.

Jangan lupa cuba tau.

Sure tak menyesal.

Simple sangat tapi sedap…!

 

*Kredit Resepi : Noor Farhana

Most Popular

To Top