Dapur

Tak Payah Tunggu Kenduri Kahwin Dah Boleh Buat Daging Masak Hitam Ikut Resepi Ini!

554
SHARES
resepi daging masak hitam

Selain ayam masak merah atau ayam masak rose yang menjadi kegilaan ramai ketika berkunjung ke majlis kenduri, lauk daging masak hitam juga tiada tolok bandingannya. Juadah yang simple ini bukan sahaja sedap malah boleh membuatkan anda tambah nasi berpinggan-pinggan!

Tetapi, bila tiada majlis kenduri yang diadakan maka sudah lama dan agak sukar untuk kita jumpa lauk daging masak hitam ini dijual di kedai makan. Oleh itu, untuk hilangkan rasa teringin tersebut apa kata anda buat pula lauk kenduri ini di rumah. Ini resepi yang anda boleh cuba supaya dapat menggamit memori makan daging masak hitam ala kenduri.

RESEPI DAGING MASAK HITAM ALA KENDURI

resepi daging masak hitam

-Daging 2 kilo

-Kicap manis dan kicap pekat

-Cili kering 20 tangkai (blend)

-Bawang besar 2 biji

-Bawang putih 10 ulas

-Halia 5-6 hiris

-Serai 2 batang

-Buah keras 5 biji

-Kismis 1 genggam (patutnya guna kismis hitam, tak ada guna ja yang kuning)

-Jintan manis 1 sudu kecik

-Lada hitam 1 sudu kecik

STEP-BY-STEP UNTUK MASAK DAGING KICAP KENDURI

1. Perap daging dengan kicap manis&kicap pekat dan cili kering bland. Perap 2-3 jam.

resepi daging masak hitam

resepi daging masak hitam

2.Sementara tunggu daging kita bland bahan-bahan ni dulu

3.Bekas biru-blend bawang besar,bawang putih, halia

Bekas pink- blend serai,kismis,buah keras,jintan manis,lada hitam

4.Minyak panas tumis 4 sekawan.. masukkan bawang blend

5.Bawang dah garing masukkan rempah blend pulak

6.Pecah minyak macam ni masukkan daging… api perlahan jangan letak air nanti daging keluar air.

7.Masak sampai kering macam ni… ikut kan tak payah tambah gula&garam lg dah ngam-ngam rasa tapi sebab saya suka manis letak jugak 2 sudu.Nak kering macam ni api perlahan… 3 jam jugak la, tapi berbaloii puas makan.

resepi daging masak hitam

8.Lepas panaskan hari ni makan lagi sedap… letak bekas kecil-kecil simpan dalam peti ais nak makan panaskan ja hampa.

*Sedapnya!

Sumber: Rusfaniza Abu Yazid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×