Dapur

Resepi Daging Goreng ‘Style’ Mak Mertua, Mesti Licin Pinggan Makan Dengan Nasi Panas!

458
SHARES

Setiap kali pulang ke kampung atau ke rumah mak mertua, pasti tidak sah kalau kita tidak dihidangkan dengan menu daging goreng kunyit bersama nasi panas. Hidangan yang nampak simple ini sememangnya sangat digemari oleh sesiapa sahaja sampailah licin pinggan setiap kali makan.

Mudah sebenarnya nak buat hidangan daging goreng ini dan sangat sesuai dimasak oleh anda yang masih bujang juga. Jadi, bila rindu masakan ibu atau mak mertua boleh juga anda masak menu simple ini di rumah. Sedap dan mudah!

RESEPI DAGING GORENG STYLE MAK MERTUA

1. Panaskan pan/belanga ikut suka ampa..Tauk ja daging hiris, basuh leklok…Biaq p dia dalam tu sampai keluaq ayaq…

2. Bila daging semua dah bertukaq kaler…Buh serbuk kunyit…

3. Kacau serata kunyit tu..Biaq dia kering sikit..Tak payah dok usik sangat.

4. Agak-agak ayaq dia dah kering sikit..Buh minyak…bagi lebih takpa..Sat nak palit minyak tu dgn nasi panaih. Uiiii…

5. Tauk p bawang besaq, cabai..Buh la selori pun kalau suka makan bawang & cabai..Buh garam, sedap rasa..(mak mertua kami suka buh aji…pon sedap takdak masalah)

6. Kami tutup pan tu dengan penutup RM 2.10 ni..Beli kat eco..Daging masak dengan wap dia sat lembut la..

7. Taraaa…siap dah..Senang yakmat takdak dah….Anak teruna pun boleh masak bagi dekat mak dia..

Sedapnya makan dengan nasi panas!

Sumber: نور وان چيق

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×