Dapur

Siap Boleh Tarik Cheese Tak Putus-Putus, Ini Resepi Corn Dog Viral Anda Kena Try!

2K
SHARES

Memikirkan menu makanan yang menarik untuk anak-anak bukanlah sesuatu yang mudah. Tambah pula jika anak-anak merupakan seorang picky eater, makin susah tugas si ibu untuk menggalakkan anak makan. Jika kita lihat, makanan seperti sosej dan keju antara yang menjadi kegemaran mereka. Jadi, bagaimana untuk anda olehkan makanan sebegini supaya menjadi menarik untuk mereka?

Corn Dog merupakan antara makanan ringan yang menjadi kegilaan anak-anak. Kalau pergi ke pasaraya besar, pantang nampak corn dog, pastinya mahu satu ke tiga cucuk. Lari bajet mak ayah! Oleh itu, salah satu caranya adalah anda boleh buat sendiri corn dog ini di rumah dan ternyata lebih jimat. Macam mana? Jom kita ikut resepi di bawah.

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK BUAT CORNDOG

Malam tadi menu western. So kita buat ala-ala Corndog yang viral itu. Serioussssly sedap. Sebab tu lah “harga” dia pun sedap. Kat luar orang jual rm10-rm15 sebatang. Tapi affordable lah kot sebab nak buatnya renyah sikit dan bahan mentahnya mahal…so….memandangkan 1 btg tidak cukup…maka nya..kita buat sendiri je..jadi bertambah sedap sebab leh mkn banyak kali. Hehehe. Selamat mencuba.

-Mozarella cheese-potong mcm dlm gmbr

-Sausage

-Lidi

-Adunan tepung(tepung gandum,garam,gula,b.powder,air) resepi yg tepat..tgk kat rujukan saya tu ea. X ingat brp sukatan nya.

-Bread crumb.

-Sedikit kerajinan.

-Minyak utk deep-fry.

Cara-cara membuat Corn Dog

1. Gaulkan tepung gandum bersama gula, serbuk penaik dan juga garam.

2.Masukkan telur dan juga susu segar. Kacau sehingga sebati.

3.Masukkan adunan ke dalam cawan yang tinggi supaya mudah untuk mencelup sosej.

4.Salutkan sosej dengan keju dan cucuk dengan lidi.

5. Sejukkan sosej ke dalam peti sejuk lebih kurang 20 minit.

6. Celup sosej yang telah sejuk tadi ke dalam adunan tepung. Kemudian salutkan pula dengan serbuk roti dan terus goreng di dalam minyak yang panas sehingga garing.

*Meleleh-leleh cheese tu!

Sumber : Alia Nella

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×