Dapur

Resepi Chicken Perratal Viral ‘Sebijik’ Macam Di Restoran India, Nampak Terliur!

129
SHARES

Sebut sahaja makanan India, mesti kita terbayangkan menu kari yang pekat dan wangi. Ternyata, menu sebegini boleh sahaja anda buat di rumah tetapi pastikan menggunakan bahan dan cara yang betul. Oleh itu, ini adalah salah satu resepi menu makanan India iaitu Chicken Perratal yang viral di laman media sosial.

Bila tengok gambar mesti terliur!

RESEPI CHICKEN PERRATAL MACAM DI RESTORAN INDIA

1.Ayam saya guna 3 bahagian whole leg. Potong kecil.

2. Kemudian masukkan bahan-bahan:

-Tomato sebiji

-Daun kari sikit

-Daun ketumbar (pilihan je, klu xde xpe…)

3.Bahan kisar

-5biji b.kecil

-5ulas b.putih

-2 halia size ibu jari

4. Panaskan minyak kelapa. Kalau xde blh je guna minyak lain. Minyak kelapa paling sedap utk masakan ni. Masukkan rempah- 1kayu manis, 5 buah pelaga, 2 bunga lawang. Diikuti jintan manis 1/2 sb.

5. Daun kari

6.Bahan kisar tadi

7. Masukkan sedikit air. Air blender tadi. Tumis sampai pecah minyak.

8.Once dah pecah minyak. Masukkan ayam dan 1 ½sk s.kunyit.

9.Kacau sebati dan masukkan tomato

10. Masukkan 2½ sb s.cili, 2sb s.kari ayam/daging

11. Kacau sebati dan masukkan garam. Biar ayam masak dalam api medium. Kacau sekali sekala.

12.Saya tak masukkan air. Lepas 15 to 20min jus dari ayam tu akan keluar dapat kuah pekat mcm ni. Kalau kering sangat, boleh letak air dalam 20 ml- 30ml saja ye. (Kalau nak letak air banyak macam kari, segala serbuk kena tambah ye)

13.Masukkan daun ketumbar. Kacau sebati dan biar masak 5 min lagi.

*Nampak sedap!

Sumber: Sheena Supramaniam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×