Dapur

Cara Buat Cendol Aiskrim Gula Melaka 3 Bahan Je. Bajet RM15 Boleh Makan Banyak Kali

417
SHARES

Kalau dulu masa PKP 1.0 Dalgona coffee menjadi viral, kini aiskrim keluaran Nestle perasa gula Melaka nampaknya menjadi buruan ramai dalam tempoh PKP 2.0.

Idea kreatif netizen yang mengkombinasikan 3 bahan saja nampaknya menyebabkan ramai ‘terjebak’ dan teringin mencubanya sendiri, tambahan pula dalam tempoh PKP 2.0 yang dah lama tak keluar ke warung!

Di sini kami kongsikan resepi cendol viral 3 bahan tersebut melalui posting Facebook oleh Liana Ana.

Jom kita cuba!

Resepi Cendol Aiskrim Viral 3 Bahan

Aiskrim ni kan yang viral tu kan?

Punyalah susah nak dapat, dekat seminggu cari tadi baru jumpa.

Memang sedap!

Modal tak sampai RM15, boleh makan ulang-ulang sampai puas.

Bahan-bahan

  • Santan ( beli yang fresh RM2 )
  • Cendol ( beli yang siap RM2.50 )
  • Aiskrim Nestle Gula Melaka ( RM8 )

Cara Buat

Cara buat simple je.

Bancuh dengan air masak panas dan bubuh sedikit garam nak bagi rasa lemak. Nak masak dulu santan pun boleh.

Lepas tu campurkan dengan aiskrim secawan.

Ada yang nak guna susu cair atau fresh milk pun boleh.

Selamat mencuba.

Nampak sedap kan?

*Kredit: Liana Ana

Most Popular

To Top
SKIP THIS AD ×