Dapur

Resepi Macaroni Carbonara Paling Simple, Cepat & Sedap. Anak Mesti Suka!

2.3K
SHARES

“Esok kawan-kawan nak datang beraya, nak masak apa best ye?”

Nampaknya minggu-minggu terakhir Syawal ni masih banyak open house dan jemputan ke majlis Hari Raya. Dalam masa yang sama, tentu kita pun tak nak ketinggalan mengajak kawan-kawan dan saudara-mara datang berziarah sambil mengeratkan silaturrahim.

Bagi yang dah kering idea dan tak tahu nak masak apa untuk jamuan hari raya , bolehlah cuba resepi carbonara memggunakan makaroni atau spaghetti yang dikongsikan oleh Puan Fateen Hamdan ini.

Bukan apa, kadang-kadang kita pun jemu juga makan ketupat dan rendang. Memang mudah tapi sangat sedap. Anak-anak pun mesti suka.

Bahan-bahannya mudah cari. Nak memasaknya pun tak ambil masa lama. Jom kita tengok resepinya di bawah ini.

Resepi Macaroni Carbonara Paling Simple & Sedap. ‘Confirm’ Makan Bertambah

Bahan-bahan

  • Macaroni – 2 peket (rebus dan toskan)
  • Prego – Mushroom carbonara 2 tin
  • Full cream milk – secawan
  • Cendawan butang – 1 tin (toskan)
  • Bawang holland – setengah biji (cincang)
  • Bawang putih – 5 ulas (cincang)
  • Udang
  • Sosej (potong-potong)
  • Mixed herbs
  • Kiub ayam with NO MSG (dua ketul) masuk semasa tumis jadi tak perlu tambah apa-apa garam
  • Cili padi (potong-potong je) (kalau suka pedas)
  • Butter untuk menumis

Resepi carbonara

Cara-cara

1. Rebus Macaroni

Mula-mula sekali, rebuskan macaroni bagi empuk.

Kalau tak ada macaroni boleh gantikan dengan pasta lain atau spaghetti.

2. Tumis

Kemudian panaskan kuali, masukkan butter secukupnya dan tumiskan bawang sampai naik bau.

3. Masukkan Udang, Sosej & Cendawan

Seterusnya masukkan udang, sosej dan cendawan.

Boleh juga tambahkan apa-apa sayuran lain ikut suka.

4. Masukkan Sos Carbonara

Lepas tu boleh masukkan sos carbonara. Ada banyak jenis, saya gunakan perasa carbonara cendawan macam dalam gambar ni.

5. Tambah Susu Segar

Sekarang bubuh pulak susu segar dalam 1 cawan untuk bagi rasa creamy dan lemak-lemak. Memang sedap!

Resepi carbonara

6. Perasakan

Saya perasakan dengan kiub ayam tanpa MSG. Kiub ni dah cukup masin, jadi tak payah bubuh garam lagi.

Lepas tu taburkan mixed herb untuk naikkan lagi rasa.

7. Masukkan Macaroni

Akhir sekali, bolehlah masukkan macaroni yang dah direbus awal-awal tadi dan ditos sekali.

Kacau hingga sebati.

Siap!

Mudah, Cepat & Berkhasiat

Wah, nampak menyelerakan sangat. Sesuai untuk hidangkan pada tetamu dan boleh juga pelbagaikan menu untuk open house kan?

Menu begini memang kanak-kanak suka. Senang hati mak-mak nak bagi anak makan nanti.

Jadi selamat mencuba, jangan lupa share tau!

 

*Resepi carbonara macaroni ini dikongsikan oleh Puan Fateen Hamdan menerusi Facebook. Ia telah disunting da diterbitkan semula dengan kebenaran, untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×