Dapur

Resepi Cara Masak Nasi Ayam Dari A-Z, Dijamin Sedap Macam Di Kedai!

94
SHARES

Aroma nasi ayam yang menyengat pasti akan menarik selera sesiapa sahaja. Ayam yang diperap dengan sempurna bersama sup panas dan sambal yang pedas serta sedikit manis memang menambat deria rasa. Sangat senang sebenarnya nak buat nasi ayam. Berikut langkah demi langkah untuk hasilkan hidangan lengkap nasi ayam.

BAHAN-BAHAN NASI AYAM (UNTUK 2 ORANG MAKAN)

– 2 ulas bawang merah

– 2 ulas bawang putih

– 1 inci halia

– 2 helai daun pandan

– 1 kiub pati ayam

– Sedikit butter – saya masak jenis tak sukat so kalau awak nak masak boleh la guna butter dalam 2 – 3 sudu macam tu bergantung pada bilangan hidangan

BAHAN-BAHAN UNTUK DITUMIS

– Bawang merah

– Bawang putih

– Halia

– Butter

TUMISKAN BAHAN

– Panaskan sedikit minyak masak

– Cairkan butter

– Masukkan bahan2 tadi – tumis sehingga bertukar warna

– Masukkan tumisan ini di dalam periuk nasi yang berasnya sudah dibasuh. Selepas itu boleh letak daun pandan, kiub ayam & sedikit serbuk kunyit untuk warna nasi kuning

LETAKKAN DALAM RICE COOKER

Setelah bahan2 tadi digaul, letak dalam rice cooker boleh lah tekan masak

PENYEDIAAN AYAM

Didihkan air dalam periuk lepas tu masukkan ayam yang telah dibasuh bersih. Rebus ayam sehingga bertukar warna menjadi putih. Bila dah jadi warna putih, asingkan ayam.

Yang ni air rebusan ayam tadi. Jangan buang banyak kegunaan nanti

BAHAN-BAHAN UNTUK PERAP AYAM

– Kicap manis

– Sos tiram

– Madu

Gaul semua bahan2 di atas bersama dengan ayam yang direbus tadi. Saya tak tambah garam sebab sos tiram dah masin. Kuantiti tu saya agak2 je. Bila dah sebati perap selama 1 jam. Kadang2 bila nak cepat perap selama 30 minit pon dah ok tapi lagi lama perap lagi best. Kicap perapan tu jangan dibuang. Tuangkan dalam mangkuk sebab ianya akan diguna untuk makan bersama nasi nanti

GORENGKAN AYAM

Panaskan minyak sehingga betul2 panas. Slowkan api then masukkan ayam yang diperap tadi. Goreng dalam 3 – 5 minit macam tu. Bila ayam dah bertukar warna koko angkat lah ia nanti hangit pulak kalau lama-lama.

Haaaa ni la rupa bila ayam tu dah siap digoreng.

SUP AYAM

– Air rebusan ayam tadi

– Sup Bunjut

– 1 kiub ayam

– Sedikit garam

– Season to taste

BAHAN-BAHAN UNTUK SAMBAL

– 1 cili besar

– 7 ulas cili padi (lebihkan kalau nak lagi pedas)

– 1 biji tomato

– 3 senduk air rebusan ayam

– Potong bahan2 sebelum dimasukkan dalam blender

– Masukkan 3 senduk air rebusan ayam

– Blender sehingga sebati & hancur

– Cili yang di blend tadi dimasak di atas dapur

– Campurkan gula, garam, air, sedikit cuka

– Season to taste

– Masak sehingga sedikit pekat lepas tu tutup api

Rupa sup ayam, sambal & kicap

Tadaaaa Nasi Ayam Simple. Selamat menjamu selera!

Sumber : Rozlyn Farah Diana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×