Buat anda yang berasal dari negeri Pantai Timur memang sudah tidak asing lagi dengan makanan yang dinamakan budu. Budu yang merupakan sos pencicah yang diperbuat dari ikan ini memang mendapat tempat di hati orang ramai walaupun tidak berasal dari negeri Pantai Timur. Hal ini kerana rasanya yang sedap dan sangat sesuai dimakan bersama ulam serta nasi panas.
Tetapi, pernah tak anda cuba budu goreng? Kalau sebelum ini hanya pernah makan budu yang disediakan bersama cili dan limau, apa kata kali ini anda cuba pula buat budu goreng. Nampak menarik!
MACAM MANA NAK BUAT BUDU GORENG?
Lain dari tumis budu yg sy buat letak dalam nasi kerabu. Ni resepi abah buat dari kami kecik-kecik. Masa kat UMS dulu abah buat banyak siap-siap utk bawa balik. Tahan lama… masa tu jiran bilik sebelah orang Kelantan (Ayu) pun tak pernah makan versi ni. Haha. I pulak jadi lebih Kelantan dari orang Kelantan sbb well… I suka Kelantan foods, sangat!
Siapa suka budu boleh lah try versi budu goreng ni pulak… Makan dengan nasi saja pun dah sedap sangat!
BAHAN-BAHAN
-Bawang besar
-Cili
-Budu
-Santan
-Kiub ikan bilis
-Minyak utk menumis
1.Tumbuk kasar bawang & cili. Saya malas tumbuk saya pakai chopper
2.Tumis bahan blend/tumbuk td sampai naik bau tapi jangan sampai garing sangat.
3.Masuk budu. Saya guna 1/2 botol.
4.Masak api perlahan 10 min sampai pecah minyak
5. Masuk santan. Saya guna 1/2 kotak kecik
6.Kiub pati bilis masuk 1/2 jugak. Kalau takmau masuk pun boleh… sebab budu dah masin dan cukup rasa.
7.Masak lagi 5-10 min sampai pecah minyak kali kedua. Kali ni minyak akan jadi banyak lagi sebab santan. Sejukkan. Ceduk buang lebihan minyak.
8. Banyak! Sebab tu tahan lama.
9.Makan dengan nasi panas ikan goreng dan ulam. Nasi banyak tu tak cukup pun sebenaqnya.
*Boleh cuba!
Sumber: Najla Amalina