Dapur

Hanya Guna 5 Bahan, Ini Resepi Bubur Ayam ‘Sebijik’ Macam Bubur Ayam McD

7.5K
SHARES

“Bubur ayam sold out kak…”

Ini adalah situasi yang berlaku bila anda singgah ke restoran makanan segera McDonalds untuk membeli bubur ayam. Memang mendapat permintaan yang tinggi, bubur ayam di restoran ini juga seringkali ‘habis’ terutama pada waktu pagi dan malam. Jadi, solusinya adalah dengan membuat sendiri bubur ayam ‘sebijik’ macam apa yang anda boleh dapat di Mcdonalds. Juadah bubur ini bukan sahaja boleh dibawa bekal ke tempat kerja, malah nak bekalkan untuk anak ke sekolah pun boleh. Senang sahaja caranya!

RESEPI BUBUR AYAM MACAM BUBUR AYAM MCD

Bahan-bahan

-Stok ayam

-Halia

-Minyak bijan

-Beras

-Ayam yang dipotong dadu

1.Watak utama.. stok ayam, halia & minyak bijan

2. 2 genggam beras basuh bersih dan rebus smpai kembang, pastu buang air rebusan pertama tu.. ganti dgn air baru angaran 3 cawan.

3.Dah ganti air baru, masukan 3 sudu besar stok ayam dan halia.. rebus lagi smpai nasi kita hancur dan memekat..

4.Ini periuk lain dah rebus siap isi ayam.

5. Time nak mkn boleh la taruk ayam di rebus tadi dgn sikit supnya.. serta sikit minyak bijan..Sekian…

Dah siap!

Sumber: Siti Hasnah AR

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×