Dapur

Boleh Ketagih Dibuatnya, Ini Resepi Biskut M&M Crunchy Yang Simple Sangat

831
SHARES
Resepi biskut m&m

Musim perayaan nanti memang tak sah kalau tak ada kudapan atau biskut raya kan?

Tak kisahlah sama ada beraya di rumah atau balik kampung, resepi biskut M&M ni memang sesuai dan senang sangat nak buat.

Buat untuk makan sendiri pun best… Rangup dan bercoklat, boleh ketagih dibuatnya.

Jom kita tengok resepi biskut M&M yang dikongsikan oleh Puan Nor Azliza Mohamed ini.

Resepi Biskut M&M Crunchy Yang Simple & Sedap

Bahan-bahan

  • 3/4 cawan butter
  • 1/3 cawan gula castor
  • 2/3 cawan gula perang
  • 1 biji telur + 1 biji kuning telur sahaja
  • 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • *2 cwn tepung gandum }
  • *1 1/4 sudu kecil baking powder } ayak sekali
  • 1/3 choc chip mini / choc rice (optional)
  • Coklat m&m secukupnya untuk hiasan

Resepi biskut m&m

Cara-cara

Berikut saya kongsikan langkah-langkah nak buat biskut M&M crunchy ni.

1. Pukul Butter & Gula

Mula-mula mix butter bersama gula castor dan gula perang.

Putar hingga kembang dan gebu.

2. Masukkan Telur & Esen Vanila

Kemudian masukkan telur dan kuning telur serta esen vanila.

Sambung mix lagi sampai sebati.

3. Masukkan Tepung & Choc Chip

Masukkan tepung gandum dan baking powder yang dah diayak sedikit demi sedikit hingga habis.

Kemudian, kaup balik sampai adunan sebati.

Masukkan pula chocolate chip atau chocolate rice dan gaulkan adunan.

4. Sejukkan Adunan

Adunan ni memang agak lembik dan agak susah dibentuk.

Jadi kita nak bagi dia kental sikit kita masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 30 minit hingga 1 jam.

5. Bentukkan & Hias Dengan Coklat M&M

Lepas keluar dari peti sejuk, mudahlah sikit kita nak bentukkan.

Untuk bentukkan biskut tu, kita sudukan atau gentel bulat-bulat doh tu.

Kemudian susun atas baking tray.

Letakkan coklat m&m di atasnya.

Resepi biskut m&m

6. Bakar

Akhir sekali, bakar dengan suhu 170°c 15-20 minit mengikut oven masing-masing ya.

Dah Siap…

Inilah hasilnya.

Resepi biskut m&m

 

Selamat mencuba!

 

*Resepi biskut M&M crunchy ini dikongsikan oleh Puan Nor Azliza Mohamed menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan resepi sila rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×