Dapur

Resepi Begedil Kentang Daging Yang Simple & Sedap, Kecur Liur Tengok!

36
SHARES

Sebut sahaja kudap-kudapan ketika minum petang pasti kita akan terbayangkan kuih-muih seperti cekodok pisang dan seri muka. Namun, selain dari pilihan kuih muih tersebut, ada juga dalam kalangan kita yang mencari santapan menu petang seperti begedil kentang. Memang sedap juga kan?

Mungkin agak sukar untuk kita jumpa orang yang menjual begedil kentang ini di kawasan luar dan perlu membuat tempahan terlebih dahulu, jadi inilah masanya untuk anda buat sendiri di rumah. Tak susah, jom kita ikut cara mudah resepi bergedil kentang daging ini yang akan membuatkan kita kecur liur!

Baca juga: Cara Masak Enoki Butter Viral, Jangan Salah Step Nanti Tak Jadi & Muak!

RESEPI BEGEDIL SEDAP DAN MENJADI

Bahan-bahan dan cara-caranya..

-6 biji ubi kentang- kupas dan hiris supaya cepat masak

-3 ulas bawang putih

-2 cawan air (mungkin boleh kurangkan jika hendak lebih pejal)

-Didihkan sehingga ubi empuk/ ¾ empuk untuk tekstur lebih pejal.

1.Toskan ubi yang sudah empuk. Airnya jangan dibuang dahulu. Jika terlalu pejal/keras boleh tambah air rebusan untuk lembutkan sedikit.

2.Masukkan ke dalam pemproses makanan (food processor).

Tambah:

-1 biji telur

-1 sudu teh garam

-1 sudu teh serbuk lada hitam

Mesin. Tidak perlu risau telur tidak masak kerana ubi masih panas dan cukup untuk memasak telur.

3.Kisar sehingga halus begini. Nampak gebu dan berkrim.

4.Alihkan ubi yang sudah halus ke dalam bekas yang sesuai untuk ditambah bahan-bahan lain.

Jika hendak buat kentang putar (whipped potato), ini sudah siap. Boleh dihidang dengan sos lada hitam.

5.Tumis daging cincang dengan ½ labu bawang besar dicincang halus. Tambah garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.

6.Masukkan daging cincang yang telah dimasak ke dalam ubi yang sudah dikisar.

Tambah:

-½ labu bawang besar dicincang halus

-½ cawan campuran daun sup dan daun bawang yang dihiris halus

-½ biji carrot dicincang halus

7.Gaulkan. Cantik bukan, warnanya? Jika hendak dijadikan samosa, boleh balut inti ini dengan kulit popia dan digoreng. Makan sahaja pun sedap.

8.Belah tauhu goreng, tekan isi tauhu supaya mampat dan masukkan isi pegedil sehingga penuh.

9.Sapu dengan kuning telur. Bakar dalam oven pada suhu 180°C/ 350°F sehingga garing.

10.Siap dibakar.

11.Percayakah mereka makan tanpa sos cili?

Tidak cukup rupanya. Masih ada yang mahukan nasilah, mi segeralah, rotilah… Kesimpulannya, tauhu pegedil memang sesuai sebagai kudapan. Buat begini mudah, bukan? Jemput makan!

Sumber: Siti Hazneza Abdul Hamid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×