Dapur

Resepi Bahulu Ekspres Hanya Guna Sandwich Maker, Maintain Gebu!

1.5K
SHARES

“Teringinnya nak makan bahulu, tapi macam susah je nak buat. Mana la nak bakar-bakar?”

Bahulu merupakan antara juadah kuih tradisional yang sangat popular khususnya musim perayaan. Namun, bahulu sering dijadikan santapan minum petang seisi keluarga di rumah kerana ia bukan sahaja sedap malah mengenyangkan. Tetapi, kalau diikutkan prosedur asal pembuatan bahulu agak rumit juga kerana perlu dibakar menggunakan oven atau lebih tradisional menggunakan sabut kelapa.

Jangan risau, zaman sudah semakin moden dan terdapat pelbagai teknik untuk anda menjamu kuih kegemaran ini. Yang penting adalah cepat, mudah dan sedap!

BAHAN-BAHAN BAHULU SANDWICH YANG DIPERLUKAN

Belek-belek dalam album mahn jumpa la resepi bahulu sandwich maker. Senang tak payah nak keluar sabut bakar. Saya edit kat sini jelah ye. Saya guna blender je.

-1 cawan tepung gandum

-1 cawan gula (boleh kurangkan klu xnak manis

-3 biji telur

CARA-CARA

1. Blend telur dan gula sampai gebu skit. Baru masukkan tepung..

2. Panaskan sandwich maker, sapu minyak kemudian masukkan adunan tadi..

Resepi boleh dapat lebih kurang 12 biji. Gebu!

Selamat mencuba!

Sumber: Azirah Mukhtar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×