Dapur

Resepi ‘Campak-Campak’ 3 Bahan Dah Boleh Buat Ayam Panggang Macam Di Restoran Mahal

815
SHARES

“Jerebu ni, nak bawa anak-anak keluar pergi makan luar pun tak boleh. Nak masak apa eh dekat rumah?”

Musim jerebu yang teruk ini, sekolah pun ditutup. Tetapi, sukar pula untuk ibu bapa membawa anak-anak makan di luar kerana khuatir akan terjejas kesihatan kerana jerebu. Oleh itu, inilah masanya untuk si ibu atau ayah masak makanan yang istimewa di rumah dan salah satunya adalah ayam panggang. Tapi, ayam panggang hanya guna 3 bahan!

AYAM PANGGANG GUNA 3 BAHAN

1. Mula-mula didihkan air dan celur ayam selama 10 minit. Ziana tambah sikit garam dalam air rebusan sebab tak nak daging tawar sangat. Ayam tu belah dibahagian dada tau.

2. Toskan ayam smp kering kemudian lumur dengan sos. Sapu banyak-banyak lagi sedap. Kalau yang tengah BMF tu guna je sos bbq jenama life.. Rasa dia sama ja macam tesco punya. Ziana guna tesco ni bukan apa sebab memang dah ada dalam peti sejuk.. Beli tempoh hari.. Sebotol ni boleh guna untuk 2-3 ekor ayam.

3. Lepas tu tabur dengan oregano.

4. Last sekali taburkan lada hitam.

5. Dah sedia untuk dipanggang, ziana letak ubi sikit sebab anak bongsu suka ubi, nanti boleh dia makan juga. Bawang putih tu untuk ziana. Makan dengan nasi. Kalau nak tambah carrot pun boleh.

6. Bakar selama 35-40 minit. Dapur lagend ni.. Banyak jasa dia. Selamat mencuba.

7. Ayam panggang 3 bahan

Sumber : Ziana Cheesad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×