Dapur

Resepi Ayam Goreng Ala IKEA. Rangup Di Luar, Juicy Di Dalam

183
SHARES
Resepi ayam goreng ikea

Resepi Ayam Goreng Ala IKEA

Mesti dekat sini ramai yang pernah makan ayam goreng di IKEA kan?

Sudah menjadi kebiasaan kalau pergi ke IKEA mesti beli ayam goreng.

Kalau beli 4 tak cukup, kena kongsi dengan anak-anak. So kita cubalah buat sendiri.

Di sini kami kongsikan cara memasak ayam goreng / chicken wings IKEA yang betul-betul rasa macam di IKEA yang diolah oleh Puan Nurul Ateekah.

Makan panas-panas anak-anak sudah tentu suka.

Nak dekat puasa ni lagi senang perap ayam siap-siap.

Jadinya tinggal goreng saja di waktu sahur.

Insha Allah memang selera anak-anak makan.

Tapi make sure buat lebih sikit.

Yelah,mane cukup kalau anak-anak je makan, sedangkan kita pun suka juga.

Jom tengok resepi penuh di bawah:

Resepi Ayam Goreng Ala IKEA. Mudah & Sedap!

BAHAN-BAHAN

  • 9 keping chicken wing @1 kilo kepak ayam
  • 3 sudu besar SOS tiram
  • 3 sudu besar light soy sauce
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu serbuk perasa [email protected]
  • 1½ sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar All purpose seosoning
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 5 sudu besar air putih
  • 4 sudu besar topioca starch
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • Minyak masak( untuk mengoreng )

CARA PERAPAN

  1. Cuci ayam bersama 1 sudu besar garam,cuci sehingga bersih dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan kecuali MINYAK.
  3. Gaul sebati Dan simpan didalam plastik atau bekas tertutup
  4. Perap paling kurang 8 jam Dan sebaiknya semalam dan simpan ditempat biasa (bukan tempat beku).

Resepi ayam goreng ikea

CARA MEMASAK

1. Keluarkan ayam Dari peti sejuk 30 minit sebelum menggoreng.

2. Panaskan minyak, dapatkan api yang sederhana pada suhu 150c atau celupkan lidi (kalau buih-buih di permukaan lidi keluar di pertengahan minyak panas, bermakna suhu dah mencapai tahap 150c.

Resepi ayam goreng ikea

3. Masukkan 3-4 keping kepak ayam dan goreng 3 minit disetiap bahan.

Chicken wings ikea

4. Lepas tu tambah Lagi 3 minit di setiap bahagian (total 6 minit menggoreng ayam).

Resepi ayam goreng ikea

5. Kemudian angkat Dan toskan ayam pada tisu.

Biarkan ianya rehat 3 minit.

Goreng ayam

6. Lepas tu masukkan semula ayam di dalam kuali dan masak sehingga garing paling kurang 3-4 minit .

Resepi ayam goreng ikea

Tujuannya untuk mendapat tekstur yang rapuh @ rangup diluar dan berjus di dalam isi ayam.

Kita boleh tengok ayam masak dengan sempurna dan tak berdarah di dalam.

Ayam goreng kepak chicken wings ikea

7. Lepas 3-4 minit, boleh angkat dan toskan.

­ 

Boleh hidang dan merasai kenikmatan ayam goreng IKEA.

Resepi ayam goreng ikea

Selamat mencuba!

Kredit: Nurul Ateekah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×