Dapur

Resepi Apam Gula Hangus Paling Simple. Menjadi Gebu Elok Je!

RESEPI APAM GULA HANGUS PALING SIMPLE! KEJAP JE SIAP

Apam gula hangus gebu mesti ramai boleh cuba. Mudah je buatnya ni..

Blend je… Memang cepat. Tahu-tahu dah siap.

Jom kita tengok resepi yang dikongsikan oleh Yati melalui Facebook ni.

Resepi Apam Gula Hangus Gebu Paling Simple Nak Buat

Berikut disenaraikan bahan-bahan untuk buat apam gula hangus, sekali dengan cara menyediakannya.

Insha Allah semua bahan mudah cari, kebanyakannya ada dekat dapur dah pun. Tinggal nak buat je tu. Hehe.

Bahan 1

  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan air panas
  • 2 sudu marjerin

Cara-cara

Mula-mula masak gula pasir atas api untuk jadikan gula hangus.

Boleh masak atas kuali atau periuk. Masak hingga warna gula pasir bertukar perang macam madu.

Resepi apam gula hangus

Bila gula dah hangusmacam dalam gambar ni, masukan air panas.

Kemudian kacau sampai gula hancur dan lepas tu campurkan marjerin. Sejukkan ya.

Bahan 2

  • 1 1/2 cawan tepung gandum+ 1 sudu lagi takut cair sangat
  • 2 biji telur
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu soda bikarbonat

Cara-cara

Seterusnya bila bahan 1 tadi dah sejuk, bolehlah sediakan Bahan 2 macam di atas ni.

Caranya campurkan je Bahan 1 + Bahan 2  dan kemudian blend je.

Resepi apam gula hangus

Lepas tu masukkan ke dalam adunan.

Jangan penih sangat sebab nanti ia akan mengembang lebih kurang sekali ganda.

Akhir sekali bolehlah kukus selama 15 minit.

Resepi apam gula hangus

Inilah hasilnya…

Simple sangat kan?

Dah simple tu. Haruslah kena cuba di rumah ok! 

Alang-alang bahan semua dah ada… Boleh buat sarapan @ minum petang nanti. 

Selamat mencuba.

(Kredit resepi asal oleh : Yati Yati via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan BKIMM)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×