Hebahan

Rentas Negeri Antara Yang Dibenarkan, Ini Intipati PKP Pemulihan Sehingga 31 Ogos

196
SHARES

Setelah 3 bulan berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akhirnya kini rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega apabila Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, mengumumkan sesuatu yang amat menggembirakan semua.

Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini yang bermula dari 10 Jun 2020 sehinggalah 31 Ogos 2020 ini adalah pengumuman yang di tunggu tunggu rakyat Malaysia.

Rentas Negeri Antara Yang Dibenarkan

Dengan wujudnya PKPP bermula 10 Jun ini, banyak yang telah dilonggarkan. Antaranya ialah :

– Perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)

– Hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi semula secara berperingkat dengan pemantuhan sepenuhnya kepada SOP

– Pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazaria, medan selera, pusat penjaja, food truck dan gerai makan juga akan dibenarkan buka

– Aktiviti komersial melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan

– Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan

– Sukan permainan yang tidak melibatkan sentuhan badan seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain juga dibenarkaan termasuklah aktiviti kayuhan basikal dan konvoi motosikal

– Membawa keluarga untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan new normal dibenarkan

– Perayaan dan aktiviti keagamaan dibenarkan termasuklah sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan datang tetapi tertakluk kepada SOP

– Sekolah akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP ini

Ada Sektor Yang Tidak Dibenarkan

Dalam pengumuman PKPP ini juga, tidaklah semua sektor dibenarkan antaranya pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan kegamaan, kenduri kendara, rumah terbuka dan aktivit lain yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat.

Untuk pengetahuan lanjut berkaitan senarai aktiviti dan sektor yang dibenarkan dan tidak dibenarkan anda boleh melayari laman web Majlis Keselamatan Negara.

Kerajaan akan melaksanakan PKPP dengan berteraskan 7 Strategi iaitu:

– Pengukuhan Kesihatan Awam

– Perundangan dan Penguatkuasaan

– Pengukuhan Kawalan Sempadan

– Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi

– Pembudayaan Kebiasaan Baharu

– Pemerkasaan Tanggungjawab Komuniti

– Perlindungan Golongan Berisiko.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×