Hebahan

Remedi Ramadhan 2014 – iMuslim Academy

5
reads

Apakah Remedi Ramadhan ?

Ramadan iaitu bulan yang penuh dengan kemulian kini kembali lagi menemui kita semua. Saban tahun, Ramadan adalah bulan yang di nanti-nantikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia kerana kerberkatannya.

Di bulan yang mulia ini, membantu golongan yang memerlukan tidak kira dalam bentuk apa sahaja adalah sesuatu amalan yang amat di galakkan malah dilipat kaligandakan balasan pahalanya.

Atas kesedaran ini, iMuslim telah mengambil inisiatif bagi memulakan program Remedi Ramadan.

Tujuan utama program ini adalah pengumpulan dana bagi membantu kedua organisasi ini di dalam meneruskan operasi mereka dan juga membiayai kelas-kelas pengajian Islam secara percuma di Akedemi iMuslim.

Remedi Ramadan diusahakan dengan kerjasama dua buah organisasi iaitu Raudhatus Sakinah dan juga Rumah Solehah.

Sasaran Remedi Ramadhan

1. Menampung keperluan perbelanjaan dalam penyediaan Pengajian Islam secara PERCUMA memasuki tahun ke-2 di iMuslim Academy yang telah pun diusahakan sejak 1 Januari 2013.
2. Menyediakan ruang yang lebih selesa kepada pengurusan Rumah Raudhatus Sakinah dalam usaha memastikan pengurusan kebajikan puteri-puteri Raudhatus Sakinah dan sebagainya lebih mantap.
3. Menyediakan keperluan asas yang lebih baik seperti Bantal, Selimut, Tuala dan pelbagai lagi kepada anak-anak penghuni Rumah Solehah dalam memberi sedikit keselesaan kepada mereka.

Organisasi

1. Raudhatus Sakinah

Penubuhan

Ditubuhkan April 1998, Raudhatus Sakinah sebagai sebuah pusat perlindungan dan bimbingan remaja puteri; penjagaan sepenuh masa yang dioperasikan sebagai salah satu usaha kebajikan bersama.

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasarnya adalah remaja puteri Islam yang berhadapan dengan masalah sosial dan memerlukan bimbingan dan perlindungan serta tunjuk ajar dan pengawasan yang lebih baik.

Masalah Sosial

Raudhatus Sakinah menyedari hakikat bahawa perangkaan kes-kes salahlaku di kalangan remaja Malaysia semakin meningkat apatah lagi di kalangan remaja melayu. Bersamanya ia membawa pelbagai penyakit sosial yang akhirnya merosakkan bukan sahaja golongan remaja tetapi juga institusi keluarga dan seterusnya masyarakat.

Malaysia kini jauh lebih maju daripada sedekad yang lalu.

Kemajuan ini membawa bersama perubahan gaya hidup rakyat di setiap lapisan masyarakat. Kecenderungan untuk mencapai kehidupan yang lebih selesa dan bergaya membawa bersama beberapa implikasi negatif ke dalam kehidupan.

Golongan yang tidak bertanggungjawab, demi kepentingan diri sendiri, tidak segan silu mengambil kesempatan daripada golongan yang lemah.

Kurang Didikan & Perhatian

Ledakan teknologi yang di antara lain membawa bersamanya perkembangan media cetak, eletronik dan internet menjadi gelanggang dan pemangkin kepada pelbagai budaya dan nilai sumbang.

Wanita dan kanak-kanak sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat tidak terkecuali daripada terkesan dengan perubahan yang berlaku terutamanya golongan remaja puteri.

Kurangnya ketrampilan keibubapaan serta ilmu, menatijahkan generasi yang kurang terdidik dengan ilmu dan amalan agama yang sempurna.
2. Rumah Solehah

Penubuhan

Ditubuhkan pada1998 di bawah naungan Persatuan Perubatan Islam Malaysia, dengan kerjasama KKM cawangan STD/AIDS. Ahli Gabungan Majlis AIDS Malaysia. Pada awal tahun 2000, mula mengambil kanak-kanak mangsa HIV yang memerlukan tempat perlindungan untuk memulakan hidup.

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasarnya adalah wanita dan kanak-kanak yang dijangkiti dan kanak-kanak yang terkesan oleh HIV/AIDS yang memerlukan bantuan memenuhi keperluan fizikal, psikologi, emosi, kognitif, sosial dan moral.

Visi & Misi

Wanita dan kanak-kanak yang dijangkiti dan kanak-kanak yang terkesan oleh HIV/AIDS dapat diperkasa untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

Memberi penjagaan holistik kepada wanita dan kanak-kanak yang dijangkiti dan kanak-kanak yang terkesan oleh HIV/AIDS bagi memenuhi keperluan fizikal, Psikologi, emosi, kognitif, soaial dan moral.

Keperluan

Dalam jangkamasa ini, pihak pengurusan dalam proses mengemaskini fasiliti yang ada di cawangan kanak-kanak di Ampang.
Kami di Rumah Solehah ingin memohon jasa baik penderma budiman sudi kiranya dapat membantu kami dalam mendapatkan keperluan bilik kanak-kanak:

Antara keperluan yang diperlukan adalah:
1. Laci plastik bertingkat untuk kemudahan menyimpan pakaian harian dan sekolah
2. Bantal tidur
3. Tuala mandi

Memberi tidak akan mengurang atau memiskinkan!

Setiap kita akan mati, lalu, segala harta yang dimiliki akan ditinggalkan, tidak akan dibawa bersama ke dalam kubur. Walaupun begitu, masih ramai di kalangan kita yang keberatan menghulur sedekah atau zakat.
Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang kurang baik sebagaimana dialami sekarang.

Malah, tidak kurang yang fobia akan jatuh miskin jika berzakat atau bersedekah ketika mana mereka diuji dengan kesempitan hidup. Sedangkan Allah SWT berfirman yang maksud-Nya: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah ibarat sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai 100 biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui.” – Surah Al-Baqarah: Ayat 261

 

Tentang iMuslim Academy

imuslim-my-logo

Akademi iMuslim adalah sebuah badan pendidikan Islam tempatan yang berpusat di Shah Alam, Selangor. iMuslim ditubuhkan dengan objektif untuk melakukan perubahan pada komuniti sekeliling agar lebih dekat pada Allah. Dalam masa yang sama, mencari keredhaan Allah SWT dengan menyebarkan ilmu dan perkara ilmiah yang bermanfaat.

 

 

Yang Popular

To Top