Hebahan

Rawatan BARU Untuk Penyakit LAMA – Formula Unik Asid Hialuronik Kordel’s & Kolagen Lancarkan Sendi

1
SHARES

Formulasi BARU Asid Hialuronik dengan Kolagen Jenis ll yang diperbuat daripada Mobilee® dan B2cool® adalah salah satu penyelesaian ‘oral’ baru daripada Kordel’s untuk membantu melincirkan sendi yang haus bagi mereka yang menghidap Osteoarthritis – tanpa jarum dan betul-betul bebas kesakitan.

Asid hialuronik adalah satu bahan yang hadir secara semula jadi dalam tubuh manusia dan dalam kepekatan yang tinggi dalam cecair sendi atau sinovia, yang bertindak sebagai penyerap hentakan dan pelincir dalam sendi yang sihat. Bagi mereka yang mengalami Osteoartritis, asid ini terlerai kepada kepekatan yang lebih rendah daripada normal yang menyebabkan sakit sendi dan kekejangan.

Pilihan rawatan yang biasanya ditawarkan untuk melegakan kesakitan adalah suntikan untuk menambah cecair sinovia. Secara teorinya, menambah atau menggantikan pelincir untuk sendi artritis akan mengurangkan kesakitan dengan ketara dan membantu memudahkan pergerakan. Walau bagaimanapun, suntikan Hialuronic juga dikenali sebagai viscosupplements, boleh menyakitkan dan tidak selalunya berkesan pada semua orang. Pilihan lain yang kurang popular pula adalah pembedahan penggantian sendi yang boleh menelan belanja yang tinggi.

photo-76

Formulasi baru Kordel’s ini memulakan proses pembaikan dan pelinciran dengan gabungan Mobilee® dan B2cool®, dengan kelulusan EFSA dan FDA. Mobilee® adalah bahan semulajadi yang dipatenkan dengan kepekatan asid Hialuronik yang tinggi yang diekstrak daripada balung ayam yang kaya dengan Sodium Hyalurate (HA), Kolagen Terhidrolisis dan Polisakarida. Mobilee® juga mengandungi komponen semula jadi yang lain (kolagen dan polisakarida) yang bertindak secara sinergi untuk meningkatkan kesannya.

B2cool® adalah sejenis kolagen jenis II asli yang diekstrak daripada tulang rawan dada ayam, telah menunjukkan kesan klinikal pada dos yang rendah dalam masalah sendi yang berbeza – artritis reumatoid, osteoartritis dan ketidakselesaan sendi dengan mengurangkan bengkak dan kesakitan pada sendi, dan meningkatkan fungsi lutut. Ia diuji selamat, dan hanya memerlukan dos yang rendah. Ia mempunyai satu mekanisme tindakan yang khas dan toleransi oral yang menyerap dalam usus dan memulakan lata sel-isyarat yang menggunakan mekanisme pembaikan semula jadi badan.

Osteoartritis, boleh ditakrifkan sebagai degenerasi tulang rawan hialin yang meliputi permukaan artikular (tulang). Ia adalah sejenis penyakit yang progresif kerana kegagalan dalam pembaikan kerosakan sendi. Osteoartritis menyebabkan kesakitan dan kemerosotan fungsi. Ia berkait rapat dengan usia, kebanyakannya melibatkan golongan berusia 50-an dan 60-an, dan mempunyai kecenderungan untuk sakit lutut, sendi-sendi tertentu pada tangan, pinggul dan sendi kecil pada tulang belakang. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh berlaku pada mana-mana sendi dan boleh menjejaskan satu atau beberapa sendi.

photo-114

“Apabila penyakit semakin serius kita perlu memilih terapi semula jadi alternatif yang lebih disasarkan yang boleh diambil secara oral dan mudah dicerna, tanpa sebarang kesakitan, jarum atau pembedahan,” kata Marta Masides Olagarta, Pengurus Saintifik Antarabangsa Bioiberica, Barcelona, Sepanyol.

Beliau menambah, “gabungan khas ini diuji secara klinikal untuk membantu pesakit dengan hanya satu kapsul sehari selama 8 minggu untuk menambah cecair sendi (sinovia) untuk melincirkan sendi dengan meningkatkan asid hialuronik sendi sebanyak 10 kali ganda, dan untuk membina semula proses pembaikan tulang rawan sendi dan mengembalikan kekuatan, secara semula jadi.”

Kajian Community Oriented Program for Control of Rheumatic Diseases (COPCORD) yang telah dijalankan di Malaysia pada 2007 mendapati kebanyakan pesakit osteoartritis di Malaysia mengalami osteoartritis lutut, yang berkait rapat dengan kajian lain yang dijalankan di Hong Kong. Kajian ini juga mendapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia yang berumur 55 tahun mengadu bahawa kadar kesakitan meningkat kepada 23% manakala peningkatan 39% daripada kadar kesakitan dialami oleh mereka yang berusia melebihi 65 tahun.

Dalam Kajian Beban Penyakit Global 2010, dianggarkan 251 juta orang mengalami OA lutut di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa 524 juta orang berumur 65 tahun ke atas dan jumlah ini dijangka meningkat tiga kali ganda yang mewakili 16% daripada populasi dunia pada tahun 2050. Kajian-kajian juga telah menunjukkan satu trend dimana pesakit muda mengalami peringkat awal penyakit ini.

kordels-logo

“Rawatan awal boleh membantu mengurangkan simptom dan melambatkan perkembangan penyakit ini. Terdapat banyak golongan muda yang ingin aktif bersukan tetapi tidak boleh kerana mengalami kemerosotan sendi peringkat awal. Masalah mereka tidak begitu teruk untuk memerlukan pembedahan tetapi ia cukup menyakitkan untuk menghadkan keupayaan mereka untuk terus bersukan,” jelas Ms Masides.

Asid Hialuronik dengan Kolagen Jenis II Kordel’s kini boleh didapati dalam botol 30 dan 90 kapsul di farmasi-farmasi di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kordels.com.my, e-mel [email protected] atau hubungi talian maklumat di 1300-88-1712.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×