Asuh

Rawat Jangkitan Penyakit HFMD Dengan Cepat, Cuba 6 Langkah & Barangan Kesihatan Ini

529
SHARES
penyakit hfmd

Jangkitan penyakit HFMD dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat. Oleh itu, penjagaan yang lebih rapi perlu diamalkan oleh ibubapa supaya anak-anak terhindar dan cepat sembuh setelah dijangkiti oleh HFMD.

Kuncinya adalah, kebersihan yang maksimum! Jadi, berdasarkan perkongsian ibu ini anda boleh juga jadikan panduan mengenai tips serta produk yang digunakan untuk anak yang sudah dijangkiti ya!

Baca juga: Petua Hilangkan Cacing Dalam Perut Guna Asam Keping, InsyaAllah…Mujarab Hasilnya!

CARA JAGA ANAK KENA JANGKITAN PENYAKIT HFMD

Rasa bersalah pulak kalau tak kongsi cara nak kurangkan jangkitan HFMD. Disebabkan ramai tanya, saya kongsi secara umum ja senang. Nak balas 1-1 mau putus jari. HFMD sejenis penyakit wabak melalui direct contact, air liur, hingus, najis, apa2 cecair dari orang yang sudah dijangkiti. So kita kadang tak tahu apa yang kita pegang, sentuh, main bekas orang yang dah dijangkiti.

Disebabkan kami anak beranak jenis tak reti duk rumah, iman pun jenis nak main kat taman. Merata-rata jalan, so tak dapat kita nak ngelak. Kalau terkena kita rawat dengan cepat, takkan nak kurung dia kat rumah sampai wabak ni xde, mau setahun tak keluar rumah.

penyakit HFMD

So Anak saya pun antara salah seorang mangsa terkena jangkitan HFMD. Cuma tak pasti kena kat mana sebab kami memang tak de had bagi dia main, main di taman permainan setiap hari. Inspector kesihatan suspect jangkitan terkena samada di taman permainan dia selalu main atau lift yang kami guna untuk hantar dia ke rumah pengasuh. Sebab blok kami pun sebelum tu dah ada 2 orang kanak-kanak dijangkiti HFMD. So mungkin kami kongsi lift dan taman mainan yang sama juga boleh berisiko dijangkiti.

Alhamdulillah kami cepat bertindak ,masa mula-mula ada bintik-bintik merah kami ingat cuma kena gigit nyamuk. Tapi disebabkan HfMD tengah wabak, kami terus bagi treatment sendiri. Tak susah mudah ja untuk kurangkan dia merebak ke tangan kaki dan mulut. Supaya tak teruk.

CARA-CARA UNTUK JAGA ANAK TERKENA JANGKITAN HFMD

1. Kena mandikan dia dengan Lifebuoy, saya gosok sental dia dengan Lifebuoy sampai berbuih-buih dan biarkan 30 saat-1 minit. Lepas tu bilas balik. 1 hari 3-4 kali dia mandi.

2. Cuci rumah dengan dettol, buka semua cadar, sarung bantal, sarung kusyen, carpet, baju semua kami basuh dengan dettol. Setiap pagi sebelum dia bangun kami mop rumah dan lap mainan, sofa, meja makan dengan pencuci dettol.

3. Lepas mandikan dia saya sapukan dia dengan Calamine Zinc Oxide + menthol supaya dia tak rasa gatal-gatal nak garu semua. Ubat ni untuk kurangkan rasa gatal dan rasa dia sejuk-sejuk.

4. Masa hari pertama dia kena dalam anak tekak dia ada ulcer tapi tak banyak, kami gunakan Gengigel Spray untuk hilangkan ulcer, 30 minit lepas tu dia dah rasa lega boleh makan minum macam biasa. Boleh juga gunakan AftaMed Spray. Kat sini dah habis, so saya guna Gengigel spray je.

5. Jangan lupa bawa ke klinik untuk dapatkan notification dan cuti kuarantin 5 hari.

Senang ja kan, yang penting kita kena hapuskan punca dia dulu baru boleh anak-anak cepat baik dan jangkitan tu terus terbantut nak merebak. Kalau kita sibuk treat anak tapi punca utama dia kita tak hapuskan, dia akan kembali dijangkiti lagi. So rajin dengan tak je nak kena buat semua ni supaya dapat elakkan mereka sengsara.

6. Dibawah ni ada senarai barang yang saya gunakan. Pergi ke farmasi dan tunjuk. Itu sahaja. Ps:/ HFMD tiada ubat lain selain dari Kebersihan. Ini adalah tips bagi mereka yang sudah dijangkiti.

penyakit HFMD

PRODUK YANG BOLEH DIGUNAKAN

-Gengigel spray

-Aftamed Oral Spray

-Cooling lotion

– Sabun mandi Lifebuoy

-Dettol Disinfectant

-Dettol Laundry Sanitizer

Sumber :Norkhairunnisah Aziz 

FT Image: SBCC.SG

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×