40 Minggu

6 Tips Rawat Cirit Birit Ketika Mengandung

105
SHARES

Berita kehamilan merupakan satu perkara yang paling menggembirakan buat pasangan berkahwin dan menginginkan cahaya mata. Oleh itu, banyak perkara yang bakal berubah bermula dari saat anda tahu bahawa diri sedang hamil. Perubahan hormon akan berlaku begitu juga dengan tingkah laku ibu hamil. Sesetengah ibu akan mengidam makanan yang boleh menyebabkan perut anda meragam. Jadi, ini 6 perkara yang anda perlu buat untuk hilangkan cirit birit ketika hamil.

6 TIP PERLU BUAT UNTUK HILANGKAN CIRIT BIRIT KETIKA HAMIL

1.BANYAKKAN BEREHAT

Biasanya bila ibu hamil terkena cirit birit,badan akan menjadi lesu dan tidak bermaya akibat kehilangan banyak tenaga. Jadi pastikan korang berehat secukupnya bagi mengembalikan tenaga yang hilang supaya kandungan dan si ibu tidak terjejas.

2.MINUM AIR BANYAK

Minum air masak sebanyak mungkin. Kalau tekak dah loya nak telan air masak,ambil vitagen atau yakult. Minum sedikit demi sedikit supaya badan kekal terhidrasi dan bertenaga.

3.KERAP MAKAN

Walaupun ibu kerap ke tandas untuk membuang, pastikan korang tetap makan walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Cuba makan makanan tinggi karbohidrat seperti roti,kentang,pasta atau nasi. Elakkan makan pedas dan berlemak. Menu sedap dan berkhasiat untuk ibu berpantang.

4.RAWAT SISTEM PENCERNAAN

Kalau kak fara, tiap kali cirit kak fara akan minum vitagen atau yakult. Sebab dua minuman ni memang sangat membantu dan cepat memulihkan sistem pencernaan badan tau. Tapi kalau ibu hamil yang ada GDM, boleh ambil vitagen yang tidak bergula.

5.JANGAN MEMANDAI BANTAI UBAT!

Elakkan mengambil sembarangan ubat ketika cirit birit sewaktu hamil. Ibu hamil perlu lebih peka dengan pengambilan ubat ketika hamil memandangkan tidak semua ubat-ubatan sesuai untuk ibu hamil. Korang kena rujuk dengan doktor dahulu sebelum membeli sebarang ubat.

6.SEGERA JUMPA DOKTOR

Kalau cirit-birit ketika hamil berlarutan melebihi 48 jam,segera ke klinik berhampiran. Jangan duk menangguh lama-lama di rumah. Elakkan bertangguh dari berjumpa doktor. Takut nanti ada kompilasi lain lak yang berlaku. Kan dah susah.

*Semoga bermanfaat!

Sumber: Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×