40 Minggu

5 Rasa Tidak Selesa Ketika Mengandung. Ibu Hamil Kena Sabar!

15.8K
reads
5 Rasa Tidak Selesa Ketika Mengandung. Ibu Hamil Kena Sabar!

Rasa Tidak Selesa Ketika Mengandung

Hamil itu saat yang paling indah. Lebih-lebih lagi bila perut mengeras. Terasa sangat pergerakan bayi dalam perut. Bagaikan sedang ‘main bola’ dalam perut kita. Jika anak sudah besar, terasa rindu ingin hamil lagi.

Namun, bukan yang indah-indah sahaja. Ada juga saat tidak selesa. Antaranya ialah:

1. Rasa ‘ngilu’

Ngilu? Nyilu? Susah mahu gambarkan dengan kata-kata. Hanya yang pernah merasainya akan tahu keadaan ini. Ia seakan-akan sakit yang dicucuk-cucuk pada perut. Mahu ke kiri tak selesa, mahu ke kanan juga tidak selesa. Keadaan ini berterusan. Semakin besar perut dan semakin tinggi kedudukan rahim, semakin rasa makin dicucuk-cucuk.

2. Sakit di pangkal ari-ari

Duduk tidak selesa, berdiri lama-lama juga tidak selesa. Rasa seperti ditekan-tekan.

Ini terjadi kerana semakin rahim membesar, ia akan menekan ‘ventrikel’. Ini akan menekan asid dari dalam perut menuju ke ‘esofagus’. Namun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum makan apa-apa pil. Boleh minta doktor berikan preskripsi ubat anti-asid.

3. Rasa panas

Orang lain rasa sejuk, kita rasa bahang. Sentiasa mahu kena kipas. Walaupun dalam bilik yang berhawa dingin, badan tetap rasa panas. Susah mahu digambarkan. Panas ini memang lain dari yang lain.

clinicalexamskills.blogspot.com

Foto Kredit: clinicalexamskills.blogspot.com

4. Kaki bengkak atau Edema.

Masa inilah isteri mahu bermanja-manja dengan suami. Kaki bengkak akan buat ibu hamil susah mahu berjalan. Kalau berjalan atau berdiri lama-lama, kaki akan bengkak. Kasut akan jadi kembang. Ada orang tua-tua kata, jangan tidur siang. Kalau tidak, akan bengkak satu badan. Wallahu aklam.

5. Payu dara bengkak

Bukan setakat bengkak, ia juga mengeras. Bayangkan kalau otot kejang, begitulah ‘kerasnya’ payudara semasa hamil. Saiz payudara dan punggung ‘membulat’ seiring dengan pertambahan berat badan.

Bagaimana dengan anda? Apa rasa tidak selesa semasa hamil? Akhir kata, jangan lupa amalkan amalan ibu mengandung menurut Islam sepanjang tempoh hamil.

Semoga bermanfaat!

Yang Popular

To Top