Inspirasi

Raih RM100K Sebulan, Pelajar IPTA Ini Buka 2 Cawangan Kedai Perabot Terpakai Di Kedah

265
SHARES

Para graduan seringkali diuji dengan peluang pekerjaan yang terhad. Ini membuatkan ramai dari mereka menganggur dalam waktu yang sangat lama. Lambakan para graduan setiap tahun dengan peluang pekerjaan yang terhad agak membimbangkan.

Dari rentetan perkara tersebut, para graduan disarankan untuk mempunyai pelan kedua bagi menampung kehidupan selepas tamat tempoh pembelajaran. Menerusi laporan Sinar Harian, seorang graduan IPTA telah menggunakan modal sendiri membuka sebuah kedai bagi menampung kehidupan selepas tamat belajar.

Buka Kedai Perabot Terpakai

Penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arliya Munif sudah mula menceburi bidang perniagaan dengan membuka sebuah kedai perabot terpakai di Jeniang, Kedah. Apa yang lebih menarik, jualan dari kedainya itu mampu meraih sehingga RM 100,000 sebulan.

Kedai perabot terpakai yang diusahakan Arliya yang masih berumur 21 tahun ini telah diusahakan sejak tahun 2007 dan dikenali sebagai Perabot Berkualiti  Kedah. Kedai perabot itu juga menjadi tumpuan penduduk setempat kerana menawarkan perabot dengan harga mampu milik.

Idea dia untuk membuka kedai tersebut tercetus apabila melihat perabot-perabot lama yang dibuang begitu sahaja walhal perabot tersebut masih elok dan hanya mengalami kerosakan kecil.

Bermodalkan RM1,500 Untuk Buka Kedai

Arliya yang juga merupakan penuntut jurusan Pentadbiran Perniagaan Keusahawanan memulakan perniagaan tersebut dengan modal RM1,500 sahaja. Beliau yang ketika itu masih mengikut pengajian diploma tidak menyangka bahawa perniagaan yang diusahakan itu mendapat sambutan menggalakkan.

Menjual pelbagai perabot, setahun selepas perniagaan tersebut dibuka, Arliya membuka cawangan kedua perniagaannya di Taman Lembah Bujang Saujana, Merbok. Mengambil stok dari Singapura, Arliya berkata perabot dari negara sana mendapat permintaan yang tinggi kerana keunikan dan cara pembuatan sesuatu perabot itu.

Arliya juga telah mempelbagaikan produk dikedainya itu seperti sofa, permaidani, tilam, peti ais dan televisyen.

Sumber : Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×