Famili

Penjenamaan Buletin FM Jadi KOOL 101, Tampil Lebih Segar, Intelek & Padat!

11
SHARES
kool 101

Setelah dua tahun berada dalam dunia radio, Buletin FM dengan taglinenya iaitu ‘isu semasa dan info terkini’ telah memberi  input-input yang terbaik seperti mendengar suara rakyat tentang isu yang berlaku di Malaysia dan luar negara. Terbaharu, Buletin FM melaksanakan penjenamaan semula iaitu Kool 101.

Dengan tagline baharu ‘Semasa dan Sosial’, Kool 101 akan menampilkan pengisian yang lebih segar dan intelek, juga perbincangan isu semasa.

KOOL 101 TAMPIL BERI PEMBAHARUAN UNTUK PENDENGAR RADIO

kool 101

Kool 101 tampil dengan pembaharuan seperti dari segi segmen, penyampai radio dan lain-lain lagi. Antaranya adalah, segmen pagi yang diberi nama Pagi on Point yang akan dibawakan oleh Haiza dan Muaz bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi.

Manakala itu, segmen petang iaitu PM Kool 101 akan dibawakan oleh Hanif dan Marsila bermula jam 2 petang hingga 7 malam.

“Kita sentiasa mengambil cadangan serta idea daripada para pendengar untuk memastikan citarasa mereka dapat dipenuhi dan sekaligus untuk kekal relevan di industri radio. Kemunculan semula Kool 101 ini juga merupakan salah satu permintaan daripada pendengar yang sinonim dengan jenama Kool FM sebelum ini “- Ketua Rangkaian Kandungan Kool 101, Nik Nor Azura.

Buat peminat Kool 101, anda boleh dengar menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak. Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Kool 101 secara live streaming di www.kool101.audio dan YouTube Kool 101 TV.

kool 101

Untuk perkembangan dan pengisian digital berinformatif, boleh terus ikuti laman sosial Kool 101 di Facebook kool101my, Instagram @kool101my, Twitter @kool101my dan TikTok @kool101my juga boleh Whatsapp di 017-276 5656.

Kool 101 juga boleh didengari menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×