keselamatan

Putus Pergelangan Tangan, Remaja Disamun & Dibunuh Dengan Kejam Di Hadapan Ibu Yang Sakit Terlantar

32
SHARES

Hulu Terengganu: Laporan dari Harian Metro melaporkan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian samun di Kampung Lubok Batu, Telemong, pada 1 November 2020.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa, Siti Nur Surya Ismail ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adiknya, Diana Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.

Abang mangsa, Mohd Zaid Azroi, 28, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dihubungi Diana ketika dia sedang bekerja di Kampung Bukit Payong.

Ditikam Beberapa Kali & Putus Pergelangan Tangan Kiri

Menurut abang mangsa lagi, adiknya, Siti Nur Surya dibunuh kejam dengan beberapa kesan (tikaman) dipercayai senjata tajam di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

Ibu Yang Terlantar Sakit Hanya Mampu Melihat

Lebih menyedihkan, ketika kejadian hanya ibu sahaja yang ada di rumah.

Namun ibu yang terlantar sakit hanya mampu melihat kerana dia menghidapi sakit kanser otak, kata abang mangsa ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.

Siasatan Masih Dijalankan

Katanya, siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian dan berdasarkan petunjuk kes ini dipercayai dilakukan oleh seorang individu.

“Barangan yang hilang membabitkan wang tunai. Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku jam 9 pagi,” katanya.

Hiba & Sayu

Rata-rata ramai yang mengetahui berita ini meluahkan rasa sayu dan simpati kepada keluarga mangsa, serta tak kurang juga yang melemparkan rasa geram dan marah terhadap pelaku.

Marilah sama-sama kita doakan keluarga ini agak dipermudahkan urusan mereka sekeluarga.

Aamiin.

*Sumber: Harian Metro via Info Roadblock JPJ / Polis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×