Famili

‘Copy Paste Bapak’- Wajah Terbaharu Anak Megan Markle Dan Putera Harry Boleh Buat Anda Cair

524
SHARES

Siapa yang tidak mengenali The Duke and Duchess of Sussex iaitu Putera Harry dan Megan Markle kan? Berkahwin pada tahun 2018, pasangan diraja ini telah dikurniakan seorang bayi lelaki pada bulan Mei 2019. Wajah bayi lelaki yang bernama Archie Harrison Mountbatten-Windsor yang kini berusia hampir 5 bulan ini masih menjadi tanda tanya sehinggalah pada minggu lepas wajahnya mendapat perhatian media dari seluruh dunia!

COMELNYA BABY ARCHIE!

Ketika mengadakan lawatan di Afrika Selatan, Prince Harry dan Megan Markle membuat kejutan dengan ‘menyajikan’ wajah comel Archie Harrison kepada orang ramai. Apa yang menariknya, ramai rakyat menyamakan tindak tanduk Megan Markle dan anaknya sama dengan Prince Harry ketika kecil bersama mendiang ibunya, Lady Diana.

Sama macam ayahnya!

ARCHIE JUMPA ARCHIE!

Selain dari membuat lawatan diraja di sekitar kawasan di Afrika Selatan, pasangan ini juga tidak ketinggalan untuk bertemu bersama Archbishop Desmond Tutu yang merupakan pejuang keamanan di negera tersebut. Nampaknya nama Archie ini akan membawa masa hadapan yang baik!

Sumber : SussexRoyal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×