Kerjaya

‘Terkurung’ 24 Jam, Ulang Rutin Sama. 5 Sebab Waktu PKP Buat Suami Faham Kenapa Surirumah Mudah Stres

207
SHARES
punca depresi surirumah

Apa yang susah sangat nak duduk rumah? Duduk ajelah rumah tu diam-diam. Buat kerja dari rumah lagi best. Tak payah pergi mana-mana, kan senang?

Duduk rumah mungkin senang bagi kebanyakan orang, tapi bagi ibu ayah yang punya anak-anak kecil. Ia adalah satu cabaran yang agak sukar, sekaligus memerlukan usaha bersama.

Ibu-ibu mungkin dah biasa duduk rumah dengan anak. Tapi bagi kaum ayah, mungkin agak kekok kan? Tambahan pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, tak boleh bawa anak keluar rumah, ke taman atau ke mana-mana.

Di sinilah kita lihat ramai kaum lelaki yang pertama kali ditugaskan beli barang dapur, seharian duduk di rumah dengan anak, meluangkan masa melayan karenah mereka.

Pada hari pertama, kedua, ketiga mungkin OK lagi sebab ia rasa macam ‘bercuti’. Tapi bila dah masuk seminggu, rasa stres mungkin ada sedikit kerana rasa ‘tepu’ dan ‘letih’ berada di ruang lingkup yang sama.

Beginilah sebenarnya perasaan isteri yang bergelar surirumah.

5 Sebab Waktu PKP Buat Suami Faham Kenapa Surirumah Mudah Stres

1. Rutin Yang Sama Setiap Hari

Setiap hari bangun pagi, solat, sediakan sarapan, siapkan keperluan anak, buat kerja rumah, makan tengah hari, layan anak, sambung kerja rumah, makan malam, layan anak, sambung kerja rumah, tidur.

Jangan ingat surirumah banyak masa berehat sebab mereka ‘duduk di rumah’. Padahal, masa anak-anak tidur tulah baru boleh nak uruskan kerja rumah, memasak dan sebagainya. Anak yang lebih besar pula perlu dipantau dan diajar sama. Takkan nak bagi mereka tengok TV sepanjang masa, kan?

Nampak macam simple, tapi itulah rutin seorang surirumah setiap hari. Siapa yang tak tahan, tentu rasa bosan. Tapi bagi surirumah, setiap masa perlu dimanfaatkan, terutamanya bila ada anak kecil yang perlu dilayan dan diperhatikan. Kalau kita pun tertidur sama, jawabnya mesti ada kerja rumah yang tertangguh.

Foto Kredit: webmd.boots.com

2. Penat Melayan Anak Sepanjang Hari

“Abang, hari ini anak kita taknak tidur. Saya tak larat betul rasa anak lasak sangat,” 

Mungkin para suami pernah dapat mesej begini daripada isteri tapi tak berapa nak faham kenapa yang letih sangat.

Bila dah kena melayan anak seharian waktu PKP ni, mungkin barulah suami dapat rasakan pengalaman melayan anak sepanjang hari, selama berhari-hari kan?

Mungkin tak ramai suami dapat luangkan sepanjang hari dengan anak dari celik mata sampailah anak-anak tidur semula waktu malam. Walaupun ianya satu perkara yang baik, namun ia memenatkan.

Bukan saja penat fizikal, tapi juga mental. Yelah, sebab kita rasa ‘tepu’ dan ‘penat’ berada dalam rumah. Rasa macam dah tak ada idea nak buat apa, lebih-lebih lagi bila anak asyik cakap “Boring, boring, boring….” Rasa nak marah pun ada kan?

Itupun kira untung sebab para suami dapat juga ambil angin luar bila kerajaan umumkan yang ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar beli barang keperluan. Tapi….

isteri berhenti kerja

Foto Kredit: thechart.blogs.cnn.com

3. Beli Barang Keperluan Juga Melibatkan ‘Mental Load’

Percayakah anda, grocery shopping (BACA: bukan window shopping) memerlukan ‘mental load’ yang bukan calang-calang orang dapat buat.

Kebarangkalian untuk seseorang berjaya beli barang yang tepat dan dalam kuantiti yang betul adalah lebih cerah kalau dia terlibat sama dalam kerja rumah.

Barulah dia tahu berapa banyak susu nak kena beli, pampers sebungkus boleh tahan berapa lama, dalam peti sejuk ada stok makanan apa untuk dimasak, beg plastik sampah ada lagi berapa….dan seumpamanya. Lepas tu bila dah sampai kedai, nak kena cari pula dekat mana, jenis apa, jenama apa. Pening juga kan?

Pendek kata, nak beli barang dapur ni perlukan analisa barang sedia ada, perancangan, dan pengurusan kewangan yang bijak. Lebih-lebih lagi dalam keadaan PKP ni, kena betul-betul pastikan tak ada yang tertinggal sebab bukannya boleh keluar selalu.

Jadi selama ni kalau tengok isteri shopping lama sangat beli barang, inilah yang mereka buat. Bukannya suka-suka duduk dekat pasar raya tu lama-lama tau.

punca depresi surirumah

4. Tak Ada Gaji, Apatah Lagi Bonus

Masa awal PKP diumumkan jatuh waktu tengah bulan. Ramai yang belum gaji tak dapat nak beli barang untuk stok di rumah.

Rasa sedih jugalah kan sebab tengok masing-masing dapat beli macam-macam.

Begitulah juga apa yang surirumah rasa bila tengok kawan-kawan yang bekerja. Ada pendapatan, macam-macam boleh beli. Rasa tertekan juga tapi cuba tak nak layan perasaan tu.

Dalam hati rasa membuak-buak rasa nak tolong keluarga dan tambah pendapatan. Jadi ada juga surirumah yang bekerja dari rumah. Tapi…

5. Kerja Dari Rumah Bukannya Mudah

Waktu PKP ni mungkin baru ramai suami yang faham bahawa kerja dari rumah bukanlah satu tugas yang mudah.

Mana nak layan anak, nak basuh baju, nak masak semua. Itu pun belum kira isteri yang menyusu, yang kena hantar ambil sekolah anak, hadir mesyuarat PIBG, gotong-royong dan sebagainya. Macam mana nak fokus kalau sekejap-sekejap asyik terganggu.

Nak mandi dan makan dengan tenang pun agaknya tak sempat kan kalau kita kena buat semuanya sorang-sorang?

Foto Kredit: picsnaper.com

‘Duduk Di Rumah’ Juga Perlukan Pengorbanan

Jadi begitulah.

Sebenarnya duduk di rumah juga perlukan pengorbanan. Bila isteri membebel, mereka tu cuma mahu bercerita. Dia bukan tidak bersyukur.

Sebab itu jugalah isteri PALING seronok bila suami ajak keluar makan, jalan-jalan, pergi bercuti, window shopping (bukan grocery shopping tau). Terus hilang rasa stres!

Mungkin hikmah di sebalik PKP ini, para suami dapat lebih memahami dan menyanjungi peranan isteri mereka walaupun hanya seorang ‘surirumah’.

Semoga ianya memberi perspektif baru terhadap suami isteri serta sama-sama saling menghargai pasangan kita seadanya.

Apapun, stay safe, stay at home, duduk rumah!

Semoga rakyat Malaysia sama-sama dapat memebendung penularan virus COVID-19 ini di samping mengambil pengajaran daripadanya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×