Hebahan

PUMA Umum Cara Delevingne Sebagai Muka Baru Kempen Wanita ‘Do You’

2
SHARES

Jenama Sukan Global PUMA melancarkan kempen wanita ‘DO YOU’ yang bertujuan untuk memberi keyakinan kepada wanita seluruh dunia. Sebagai sebagai daripada kempen ini, PUMA mengumumkan akan bekerjasama dengan model, akstres dan aktivitis Cara Delevingne. Beliau menyertai PUMA sebagai duta termasuklah Rihanna, yang berkhidmata sebagai Pengarah Kreatif kempen ini.

16aw_cc_wmn_do-you_cara_160_041

‘DO YOU’ adalah untuk kuasai diri sendiri dan mencari kuasa di dalam pemilikan tersebut – ia merupakan sebuah kenyataan yang hebat,” ujar Cara. “Ia tentang menerima diri anda, tidak kira apa kekurangan sekali pun. ‘DO YOU’ adalah mengenai mencari kebenaran anda dan berpegang kepadanya. Ia amat istimewa kerana ia bermaksud sesuatu yang berbeza untuk semua orang. Ia menggalakkan orang ramai untuk menjadi diri mereka sendiri.”

16aw_cc_wmn_do-you_cara_180-125

Kempen ini diinspirasikan oleh Rihanna yang pernah berkata “Saya cabar diri saya sendiri untuk merealisasikan impian. Saya tidak melakukan sesuatu sebagai tindakbalas atau kontroversi. Saya hanya menjalani kehidupan saya.” Kempen ini memberi inspirasi kepada wanita untuk memberanikan diri, buat peraturan mereka sendiri, dan tidak mengambil ‘tidak’ sebagai suatu jawapan.

16aw_cc_wmn_do-you_cara_170-065

Kempen ‘DO YOU’ dilancarkan bulan ini dengan produk berbilang kategori sehingga Disember dengan koleksi Lari & Latihan dan Gaya Sukan PUMA. Cara akan muncul di pengiklanan luar, kedai-kedai PUMA, dan PUMA.com. Follow @PUMAWomen dan @PUMA untuk perkembangan terkini kempen.

16aw_cc_wmn_do-you_cara_160-004_bw

MENGENAI PUMA

PUMA merupakan salah sebuah jenama terunggul sukan, merekabentuk, membangunkan, menjual dan memasarkan kasut, pakaian dan aksesori. Untuk lebih 65 tahun, PUMA telah menempa sejarah dengan membuat rekabentuk produk yang laju bagi atlet-atlet terpantas dunia. PUMA menawarkan produk gaya hidup dan sukan seperti Bolasepak, Lari, Latihan, Golf, dan Sukan Permotoran. Syarikat ini mengedar produknya sendiri ke lebih daripada 120 buah negara, dan mempunyai lebih daripada 10,000 pekerja seluruh dunia, dan berpangkalan di Herzogenaurach/Germany. Untuk maklumat lanjut, layari http://www.puma.com.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×