Hebahan

Prudential Mendidik Rakyat Malaysia Tentang Keselamatan Jalanraya Menerusi Realiti Maya

78
SHARES

Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) telah mengaktifkan program perkhidmatan awam Keselamatan Jalanraya SAFE STEPS baru-baru ini di Festival Sains Petrosains yang berlangsung dari 16 sehingga 18 September. Permainan interaktif simulasi ini meletakkan pengunjung di dalam lakon peranan (role play) reality maya yang realistik di mana peserta akan alami bahaya keselamatan yang berpotensi berlaku, dan diuji tentang pengetahuan mereka mengenai undang-undang keselamatan jalanraya.

pru_safesteps-10

Di Malaysia, purata sebanyak 6,000 sehingga 7,000 kematian berkaitan trafik dicatat setiap tahun, lebih tinggi berbanding negara-negara lain. Keselamatan Jalanraya SAFE STEPS ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalanraya dengan memberi maklumat jelas dan mudah menerusi penyebaran pesanan-pesanan berunsur pendidikan tentang keselamatan jalanraya.

Keselamatan Jalanraya SAFE STEPS ini disokong oleh aktres antarabangsa Michelle Yeoh yang merupakan Duta Keselamatan Jalanraya SAFE STEPS yang telah dilancarkan di Malaysia pada 13 Februari 2016.

pru_safesteps_5

Mengenai Prudential Assurance Malaysia Berhad

Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1924. Bagi tahun kewangan 2016 yang berakhir pada 30 Jun 2016, ia mencapai RM676 juta bagi jualan perniagaan baru yang termasuk jualan insurans nyawa dan sumbangan takaful. Produk-produk takaful diedar oleh perancang kewangan PAMB dan ejen yang ditanggung oleh Prudential BSN Takaful Berhad.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×