Sihat

Protein Yang Mana Lebih Elok Untuk Penyakit Diabetes? Haiwan Atau Tumbuhan?

3
SHARES

Umum mengetahui, pesakit diabetes perlu mengawal pengambilan gula, lemak, karbohidrat serta protein dalam kehidupan seharian agar tidak mengganggu bacaan gula dalam darah.

Bagi pesakit diabetes, anda masih perlu ambil protein dalam diet namun ia perlulah daripada kumpulan protein yang ideal dan sesuai. Tujuan pengawalannya adalah demi memastikan kesihatan sistem kardiovaskular pesakit kencing manis kerana ia adalah salah satu daripada komplikasi penyakit ini.

Baca juga: Cuba Petua Dikongsi Oleh Doktor Ini Untuk Elak Serangan Gout

PROTEIN YANG MANA LEBIH ELOK UNTUK PENYAKIT DIABETES

Menerusi sumber Hello Doktor, sebuah kajian yang dijalankan terhadap 44 pesakit diabetes jenis 2 selama 6 minggu, didapati bahawa pengambilan protein dalam diet mereka adalah kunci yang utama.

Protein dari haiwan dilaporkan mampu membantu mengawal berat badan dan kadar gula dalam darah namun mungkin menyebabkan kerintangan insulin.

Selain itu, ia juga mampu menurunkan kadar asid urik yang boleh jadi punca kondisi lain seperti penyakit buah pinggang, batu karang, gout dan lain-lain.

Manakala, protein dari tumbuhan pula dilaporkan mampu membantu sistem metabolik selain mengurangkan risiko episod serangan kardiovaskular akibat kencing manis.

Selain itu, ia juga mampu meningkatkan kadar tekanan darah diastolik dan HbA1c yang tidak akan berlaku jika pesakit mengambil protein dari sumber lain.

PROTEIN YANG MANA SATU LEBIH BAIK?

Kedua-dua protein ini mungkin akan membawa pro dan kontra yang agak serupa lantas menjadikan ia adalah suatu pilihan yang agar sukar untuk ditentukan.

Pun begitu, kajian tersebut juga telah menyatakan apa yang jauh lebih penting di dalam peratusan pengambilan kelas nutrisi di dalam diet pesakit iaitu:

  • 30% kalori dari lemak
  • 40% kalori dari karbohirat
  • 30% protein haiwan atau protein tumbuhan atau gabungan kedua-duanya

Contoh sumber terbaik dari haiwan:

  • Daging lembu
  • Daging ayam
  • Ikan salmon
  • Ikan tuna
  • Telur
  • Yogurt
  • Kerang

Contoh sumber terbaik dari tumbuhan:

  • Tempe
  • Kacang hijau
  • Kacang pis
  • Brokoli
  • Bayam
  • Asparagus
  • Ubi kentang

Jenis protein itu sendiri bukanlah satu isu besar asalkan anda masih ambil kelas nutrisi ini di dalam kuantiti dan kualiti yang tepat.

Sumber: Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×