Percutian

Bukit Gambang Waterpark Tawar Tiket RM10 Sempena Ulangtahun

30.6K
SHARES

Satu berita baik bagi ibu ayah yang merancang family holiday, Bukit Gambang Resort City yang terletak di Kuantan ini, baru sahaja mengumumkan promosi dan diskaun besar-besaran sempena ulangtahun mereka yang ke sepuluh!

Bukit gambang waterpark

Menurut posting mereka di Facebook, harga tiket masuk ditawarkan pada harga RM10 sahaja sempena ulangtahun ini, tak kiralah bagi dewasa mahupun kanak-kanak berbanding harga biasa iaitu RM22 bagi kanak-kanak dan RM32 bagi dewasa.

Sementara itu, tiket masuk ke Safari Park juga ditawarkan pada harga lebih rendah, iaitu RM 22 untuk kanak-kanak dan RM32 untuk dewasa berbanding harga biasa RM43 bagi kanak-kanak dan RM63 bagi dewasa.

Diskaun Lebih Banyak Bagi Pakej Staycation / Bermalam

Tempahan boleh dibuat secara online melalui laman web rasmi mereka di https://bgrc.com.my/

Anda juga boleh menghubungi +609-548 8000 atau Whatsapp +60 11-5122 5298 untuk menempah pakej yang ditawarkan.

Untuk pengetahuan anda, promosi dalam bentuk pakej staycation juga ditawarkan pada harga yang lebih menguntungkan.

Jom Rancang Percutian

Macam menarik kan?

Promosi ini hanya sah untuk tempahan dari 10 Jun 2019 sehingga 24 Julai 2019 sahaja untuk digunakan bermula 18 Julai 2019 sehingga 24 Julai 2019 ini.

Jadi, jom rancang percutian dan jangan lepaskan peluang untuk menempah tiket sempena ulangtahun ke-10 Bukit Gambang Resort City ini.

Selamat bercuti!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×