Bercucuk tanam di rumah merupakan salah satu aktiviti yang anda boleh buat bersama keluarga. Tambah pula bila kebosanan semenjak hampir sebulan berada di rumah, boleh cuba pula berkebun kan? Seperti apa yang dikongsikan oleh lelaki ini yang menggunakan kaedah hidroponik untuk menanam sayur di rumah. Paling mudah sekali adalah anda hanya perlukan botol air mineral sahaja!
Kebetulan, nak keluar beli barang di pasaraya pun sayur selalu habis jadi apa kata kita tanam sahaja sendiri di rumah. Bukan sahaja terjamin kebersihan, sayur yang ditanam sendiri pun gemuk-gemuk!
TANAM SAYUR HIDROPONIK GUNA BOTOL AIR MINERAL
Di sini saya share cara saya buat hidroponik menggunakan botol air mineral 1.5 liter. Untuk media tanaman tu saya gunakan sabut kelapa ye sebab sabut kelapa dia dapat menyerap air dengan baik.
Saya mengamalkan semburan racun organik iaitu neem oil + sunlight pencuci pinggan + cuka kayu…alhamdulillah bebas daripada serangga seperti belalang & siput babi. Kekerapan semburan adalah seminggu skali atau 2 kali seminggu. Semoga bermanfaat sama-sama kita bercucuk tanam di rumah yaaa. Makan sayur yang sihat dari rumah.
1. Botol mineral 1.5 liter belah kepada 2 bahagian. Pastikan bahagian bawah untuk takungan baja tidak terlalu rendah ye. Buat lubang sekeliling bahagian atas seperti gambar di atas untuk akarnya keluar.
2.Ini bahagian untuk takung air baja. Saya cat hitam untuk mengelak pertumbuhan lumut.
3.Buat lubang pada penutup botol. Masukkan sumbu. Saya guna kain flanel sebagai sumbu.
4.Cara nak buat lubang pada takung air baja. Pastikan buat lubang sekeiling botol sama paras dengan penutup botol seperti gambar di atas.
5.Dah siap
6.Tengok banyak akarnya keluar.
Hijau dan segar sayur jadinya!
Sumber: Hafizuddin Wahab