Program realiti yang dinanti-nanti iaitu I Can See Your Voice Malaysia kini kembali dengan musim ketujuh! Dengan adanya penampilan penyanyi-penyanyi misteri bersama barisan baru panel tetap yang terdiri daripada selebriti terkenal tanah air, menjanjikan lebih banyak kejutan dan persembahan yang luar biasa untuk penonton di seluruh negara.
I Can See Your Voice Malaysia musim ketujuh (ICSYVMY7) bersiaran selama 11 episod telah membuka tirainya bermula 23 Jun 2024, setiap hari Ahad, jam 9.00 malam hanya di TV3.
Baca juga: Cara Nak Kenalpasti Karakter Utama Perempuan Pemalas, No.4 Ramai Selalu Buat!
PROGRAM REALITI, I CAN SEE YOUR VOICE MALAYSIA KEMBALI!
Penonton juga boleh strim langsung secara HD menerusi Tonton di www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Kini tiba masanya untuk anda memulakan misi baharu dan lakukan siasatan anda bersama keluarga menerusi ICSYVMY7.
Di bawah tajaan CelcomDigi, program ini diketuai oleh Jamil Bin Hassan sebagai Penerbit Eksekutif dan Ikha Arnisya sebagai Penerbit. Program yang mengambil konsep dan format program asal dari Korea Selatan ini masih mengekalkan Izzue Islam dan Shiha Zikir sebagai pengacara musim ketujuh. Gandingan mantap mereka berdua yang serasi dan lucu sememangnya membuat peminat dan penonton setia ICSYVMY tidak kering gusi.
“I Can See Your Voice Malaysia musim ketujuh menjanjikan banyak elemen-elemen baharu dan menarik. Penonton akan dapat menyaksikan gelagat lucu yang pasti dapat menceriakan malam mereka. Kami telah berusaha keras untuk memastikan setiap episod lebih menghiburkan daripada sebelumnya.”
Pada musim ini anda akan dihiburkan lagi dengan gelagat barisan panel penyiasat tetap baharu yang terdiri daripada pelakon, pelawak dan penyanyi hebat tanah air iaitu Naim Daniel, Riena Diana, Bell Ngasri dan Siti Khadijah Halim. Berjayakah mereka menggalas tanggungjawab untuk mencari penyanyi sebenar? Atau adakah mereka dipertanggungjawabkan hanya untuk meriuhkan keadaan dan menimbulkan kekeliruan penonton di rumah?
SIAP ADA TEMA NYANYIAN!
Istimewanya musim ini, penonton akan menyaksikan ICSYVMY7 tampil dengan tema pakaian yang berbeza seperti Seram, Bollywood, Rock dan Retro di episod yang tertentu. Jika peserta yang berjaya mara ke pusingan akhir ialah seorang penyamar, beliau bakal memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM3,000. Manakala penyanyi sebenar mungkin akan berpeluang menyertai Alternate Records & Talents dan merakamkan single bersama komposer terkenal.
Antara artis jemputan yang akan meriahkan lagi suasana di ICSYVMY musim ketujuh ini adalah Sharif Zero, Chacha Maembong, Amy Mastura, Janna Nick, Khai Bahar, Adira Suhaimi dan ramai lagi. Manakala, panel penyiasat jemputan pula terdiri daripada Ryan Bakery, Azhan Rani, Anna Jobling, Nadeera, Ernie Zakri, Datuk Yusof Haslam, Marsha dan ramai lagi.
Anda sekeluarga juga boleh menjadi penyiasat! Jadi jangan terlepas untuk menyiasat sambil berhibur bersama ICSYVMY7 yang bersiaran setiap hari Ahad, pada pukul 9.00 malam di TV3 dan penonton juga boleh strim langsung secara HD menerusi Tonton di www.tonton.com.my atau anda boleh muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store. Bagi merancakkan lagi perbualan di laman media sosial, jangan lupa untuk gunakan tanda pagar #ICSYVMY7.
Baca juga: ‘Drama’ Suami Ambil Anak Balik Sekolah Buat Ramai Terhibur, Kongsi Tips Jadi Ayah ‘On Time’!