Ketika ramai yang membincangkan tentang dividen dan bonus ASB, Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah membuat pengumuman yang agak mengejutkan berkaitan program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) yang akan ditamatkan pada 31 Disember ini.
Dirancang Hingga Tahun 2022, Tapi Kurang Sambutan
Bagi yang belum tahu, ADAM50 adalah sebuah program yang diperkenalkan oleh kerajaan dengan kerjasama PNB mulai 2018 untuk semua bayi warganegara Malaysia dengan dana tabungan permulaan sebanyak RM200. Nilai RM200 ini adalah pelaburan awal dan ia akan kekal di dalam dana hinggalah anak-anak mencecah usia 18 tahun sebelum ia boleh dikeluarkan sebagai wang tunai.
Objektif utama ADAM50 adalah untuk menggalakkan budaya menyimpan dan pelaburan oleh rakyat Malaysia daripada usia seawal baru lahir.
Ia telah disasar untuk ditawarkan sepanjang tahun 2018 hingga tahun 2022, namun dikatakan kurang mendapat sambutan. Berdasarkan maklum balas, hanya 25% bayi yang dilahirkan pada tahun ini mendaftar. Atas sebab itu, ia akan ditamatkan pada akhir tahun 2018 ini.
Pendaftaran Dilanjutkan Hingga 31 Mac 2019
“ADAM50 akan berakhir tahun ini. Namun pendaftaran bagi menyertai program ini dilanjutkan sehingga 31 Mac 2019 bagi bayi yang lahir pada 2018,” kata Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Bhd (ASN) dan prestasi 2018 dan tinjauan 2019 di Kuala Lumpur pada 21 Disember 2019.

Foto Kredit : mutluevim.org
Jom Daftar Cepat, Ada Masa Lagi!
Jadi bagi yang masih belum mendaftar, jangan berlengah lagi. Masih ada masa untuk anda mendapatkan tabungan dana RM200 tersebut.
Kalau ada yang masih keliru dan tak tahu cara untuk mendapatkan dana pelaburan RM200 ini untuk bayi anda, boleh rujuk di artikel kami ini untuk penerangan langkahnya.
Cara Memohon ADAM50, Insentif RM200 Percuma Bagi Semua Bayi Yang Dilahirkan Mulai 2018