Rakyat

Pokok Merbau Diisytihar Pokok Kebangsaan Malaysia. 5 Fakta Rakyat Malaysia Kena Tahu

313
SHARES

Setisp kita mesti tahu kan, bunga kebangsaan Malaysia ialah Bunga Raya.

Terbaru, Pokok Merbau (Malacca Teak atau Instia Palembanica) pula telah dipilih sebagai Pokok Kebangsaaan Malaysia.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ketika merasmikan Pameran ‘Hutan Kita’ di Menara Kuala Lumpur pada 22 Ogos lalu.

Jom ketahui serba sedikit tentang pokok ini dan mengapa ia dipilih sebagai Pokok Kebangsaan Malaysia.

5 Fakta Tentang Pokok Kebangsaan Malaysia

1. Asal Usul

Merbau atau malacca teak (Intsia palembanica) merupakan spesies daripada kaum kekacang (famili Fabaceae).

Ia dijumpai secara meluas di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak terutamanya di pinggir sungai dalam hutan tanah pamah sehingga altitud 1,000 m.

Foto Kredit: forestnews.cifor.org

2. Simbol Kepentingan Hutan Kepada Negara

Pokok merbau dipilih menjadi Pokok Kebangsaan Malaysia sebagai lambang keutuhan integriti hutan negara, hasil daripada pengurusan secara mampan serta usaha pemuliharaan khazanah biodiversiti Malaysia.

Pokok Merbau juga merupakan simbol kepentingan hutan kepada pembangunan industri dan ekonomi negara.

3. Ciri-ciri Pokok Merbau

Pokok merbau boleh tumbuh setinggi 50meter, dan akar banirnya saja boleh mencecah hingga 4meter tinggi.

Diameter batang pokok merbau pula boleh tumbuh sepanjang 1.5meter.

Daun pokok merbau berbentuk bujur, tebal, dan berkilat dengan bunga berwarna putih kekuningan.

Buahnya pula berbentuk leper, bujur panjang dan berwarna coklat kehitaman apabila masak.

Foto Kredit: asianplant.net

4. Keunikan Kayu Merbau

Kayu merbau merupakan kayu keras berat (heavy hardwood) yang berkualiti tinggi.

Kayunya tahan lama, tahan serangan anai-anai dan ianya terbukti dengan penemuan artifak-artifak purba daripada kayu ini yang terdapat di Gua Agop Bata Tulug, Kinabatangan Sabah.

Pokok tersebut dikatakan telah berusia hampir 900 tahun dan masih kukuh berdiri.

Infografik oleh BERNAMA

5. Kegunaan

Disebabkan kualiti dan ketahanan kayu pokok ini, pokok merbau sesuai dijadikan bahan binaan seperti lantai, manakala bintik-bintik berwarna emas sepanjang ira kayunya pula menyerlahkan lagi keunikannya untuk dijadikan produk hiasan serta kelengkapan rumah seperti perabot.

 

Setem Komemoratif Dilancarkan

Sempena pengisytiharaan ini, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), FRIM dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) telah menghasilkan setem komemoratif bagi meraikan pelancaran merbau sebagai Pokok Kebangsaan Malaysia.

Setem keluaran terhad ini dijual di Pusat Informasi Pelawat (VIC) FRIM, Kepong  dengan harga RM40 satu lembaran.

Jadi lepas ni kalau orang tanya apa pokok kebangsaan Malaysia, kena tahulah ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×