Hebahan

PKPP: Taman Permainan Dibuka, Tiada Larangan Untuk Kanak-Kanak Beriadah

320
SHARES

Hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media harian non-kesihatan memaklumkan tiada lagi halangan untuk kanak-kanak keluar beriadah ketika ini.

”Sekarang dah boleh. Tidak ada larangan untuk kanak-kanak beriadah. Tidak ada larangan. Taman-taman permainan sudah mula dibuka, anak-anak dah boleh keluar”

Namun, perlu diingatkan kepada ibu bapa bahawa untuk elakkan berhimpun secara beramai-ramai di kawasan riadah tersebut. Hal ini kerana, kita disarankan untuk ada penjarakan sosial, tidak berhimpit dan sebagainya.

SOP PERLU DIPATUHI

”Walaupun taman permainan sudah dibuka, tetapi SOP tetap perlu dipatuhi. Begitu juga dengan shopping complex, tidak ada tegahan yang tidak membenarkan kanak-kanak untuk pergi membeli permainan bersama ibu-bapa mereka dan sebagainya.

”Cuma saya sentiasa ingatkan jangan bawa anak-anak kerana kanak-kanak merupakan golongan yang berisiko tinggi. Jadi ibu-bapa perlulah menjaga kepentingan anak mereka walaupun mereka yang membawa anak sebagai contoh, tiada hukuman pun sebab tidak diwartakan iaitu kanak-kanak tidak boleh dibawa keluar untuk ke restoran ke atau ke shopping complex.

”Tetapi disebabkan kanak-kanak merupakan golongan berisiko tinggi dijangkiti COVID-19, maka kita galakkan untuk tidak membawa anak-anak keluar bersama-sama, itu saja,” katanya.

Ismail turut meminta ibu bapa supaya menjaga anak masing-masing ketika dibawa keluar supaya terhindar dari jangkitan COVID-19. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang bertanya mengenai saranan kerajaan terhadap isu kanak-kanak yang mungkin tertekan kerana tidak dibenarkan keluar sebelum ini.

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×