Asuh

Pisang Bersos Ala Puding Raja Untuk Baby Usia 9 Bulan, Sedap!

25
SHARES

Bila anak dah masuk usia boleh menerima makanan pejal iaitu enam bulan, pasti ibu bapa excited mahu memberi makanan pertama buat si comel tercinta. Lagi meningkat usia, lagi banyaklah kombinasi makanan boleh diberikan kepada anak. Jadi, buat parents yang ketandusan idea nak masak apa untuk anak, apa kata cuba resepi pisang bersos ala puding raja ini. Sedap! Mak ayah pun boleh tumpang makan sekali.

Baca juga: 6 Resepi Bubur Nasi Buat Si Manja Usia 7 Bulan, Wajib Cuba!

PISANG BERSOS ALA PUDING RAJA UNTUK BABY USIA 9 BULAN, SEDAP

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua ibu ibu. Harini mommy nak share menu dessert pulak. Kadang kadang kita pun buntu nak bagi anak makan apa kan, asyik bagi fingerfood je jadi sesekali kita buat selang seli dengan snacking berkuah pulak. Menu ni sesuai untuk breakfast atau teatime anak, makan pulak sejuk sejuk, memang layan. Jom kita buat!

Bahan-bahan:

  • Potongan Pisang emas (mommy guna 2 biji)
  • Sedikit Unsalted Butter / Minyak
  • Kulit kayu manis/serbuk (optional)
  • Sekotak Susu Penuh Krim (125 ml)
  • Puree Kurma ( rendam kurma dengan air panas dan nanti kulit dia dah tanggal, buang biji dan lenyek je)
  • Sedikit air bancuhan tepung jagung
  • Potongan buah buahan kegemaran bayi

Cara penyediaan:

1. Mula mula panaskan pan dan cairkan butter bersama kulit kayu manis, pastikan api kecik je tau. Masa ni bau semerbak wangi dapur dah macam macam bau pretzel auntie annes. kalau ibu ibu taknak letak kulit kayu manis pun tak apa, boleh skip, tak ada masalah.

2. Bila butter dan mencair, susunkan pisang yang dipotong dua secara memanjang. Api masih lagi kecik, kita taknak pisang hangus atau terlalu lembik.

3. Masaklah sehingga pisang keperangan dan ketepikan, biarkan sejuk. Jom buat sos pulak.

4.Dalam pan, masukkan sekotak susu penuh krim. Jangan bukak api lagi.

5. Terus perasakan susu dengan sesudu teh penuh puree kurma. Kacau sampai semua sebati dengan susu; baru bukak api kecik dan biarkan mendidih.

6. Saya suka tekstur sos yang agak pekat jadi saya masukkan sedikit bancuhan air tepung jagung. Masukkan perlahan lahan dan sikit sikit je ya (dalam sesudu macam tu),teruskan kacau supaya sos tak berketul.

7. Bila sos dah pekat, tutup api dan sejukkan. Lagi sedap kalau masukkan dalam chiller sekejap. Bila lalu kat tekak tu memang cenggini haaa.

Bagi saya rasanya tak jauh beza pun dengan sos custard yang kita makan tu. Baunya pun seakan akan cuma versi ini tidaklah semanis sos custard orang dewasa. Manis dari kurma dan rasa berlemak susu sahaja.

Hidangkan ikut kreativiti masing masing. Macam mommy susun pisang tadi atas sos dan ikut lah nak letak topping apa apa macam potongan buah ke atau taburan kismis ke (rendam dulu supaya lembuk bagi mengelakkan risiko tercekik). Nak makan nanti gaul je sekali, suap kat anak, siap !!

PS : Penyediaan menu ini adalah alternatif menu sampingan untuk bayi bayi yang kekurangan berat badan kerana bahan bahan yang digunakan mengandungi sejumlah kalori yang tinggi.

Sumber: Facebook Nur Diyana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×