Pilihan Editor

Buat Anda Yang Terlepas, Fenomena ‘Pink Supermoon’ Boleh Dilihat Semula Selepas 12 Jam

133
SHARES

Buat kali ketiga tahun 2020, kita bakal dapat menyaksikan fenomena supermoon yang berlaku pada 8 April iaitu hari ini. Menurut Forbes, fenomena yang dinamakan Super Pink Moon ini bakal kelihatan besar ketika bulan mula terbit dengan warna antara oren dan kuning pucat buat beberapa minit.

Bagi anda yang tinggal di rumah bertingkat, anda boleh melihat Super Pink Moon itu dari balkoni rumah dengan melihat ke arah horizon timur pada 2.10 pagi semalam. Menjelang 10.35 pagi hari ini pula, bulan akan memasuki fasa bulan penuh ataupun purnama. Buat anda yang terlepas pagi tadi, pakar juga ada mengatakan bahawa bulan akan kelihatan semula selepas 12 jam di arah Barat pula!

Bulan warna merah jambu?

Sebenarnya, nama Super Pink Moon ini bukanlah kerana warnanya yang merah jambu. Namun, ia digunakan bagi merujuk kepada fenomena bulan penuh pada April iaitu waktu ketika lumut pink atau phlox tanah liar sedang mekar. Ini dimana bulan berada paling hampir dengan Bumi. Supermoon merupakan fenomena di mana bulan akan kelihatan 14 peratus lebih besar serta 16 peratus lebih cerah dari bulan penuh biasa.

Fenomena tersebut berlaku apabila bulan penuh berada pada kedudukan paling hampir dengan bumi ketika ia bergerak mengikut orbitnya yang bujur. Justeru, ia akan kelihatan lebih besar dan cerah berbanding selalu. Super Pink Moon dikatakan bakal berada pada jarak 221,772 batu dari Bumi pada 7 April.

Bukan yang terakhir, anda juga boleh melihat supermoon seterusnya pada 7 Mei akan datang, supermoon keempat dan terakhir bagi 2020.

Menurut Forbes, supermoon yang akan berada paling hampir dengan Bumi pada abad ini dijangka bakal berlaku pada 6 Disember 2052.

Sumber: LiveScience

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×