Hebahan

Pilih ‘The Pack That Grows Back’

Kempen terbaharu Tetra Pak® dan Forest Stewardship Council menggesa amalan kepenggunaan bertanggungjawab dalam kalangan rakyat Malaysia

PETALING JAYA, 11 November 2016 – Sejak sekian lama, peningkatan permintaan terhadap produk-produk kertas telah memberikan cabaran yang berpanjangan terhadap usaha pemeliharaan hutan.

Kertas diperbuat daripada balak, dan jika diuruskan dengan betul, ia sebenarnya merupakan sumber boleh-diperbaharui yang mempunyai impak minimum terhadap iklim dunia. Oleh itu, dalam usaha untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat menerusi pelaksanaan kaedah yang lestari, hutan perlu diuruskan dengan bertanggungjawab dan pengguna perlu mempunyai pengetahuan mengenai produk hutan supaya mampu membuat keputusan yang bijak ketika membeli produk-produk ini.

Mr. Brian May,

Brian May, Pengarah Urusan Tetra Pak Malaysia, Singapura dan Filipina

Usaha dalam mendidik pengguna Malaysia mengenai pembungkusan boleh-diperbaharui dan kepentingan dalam penggunaan label FSC telah menggalakkan Tetra Pak untuk berganding tenaga dengan organisasi bukan berasaskan keuntungan, Forest Stewardship Council (FSC) Asia Pasifik untuk melancarkan kempen ‘The Pack That Grows Back’.

Label FSC memberikan jaminan kepada pengguna bahawa kayu-kayan dan produk kertas yang dibeli datangnya daripada sumber yang bertanggungjawab dan telah disahkan memenuhi standard alam sekitar dan sosial FSC yang ketat.

Sehingga tahun 2015, 100% papan kertas yang digunakan untuk menghasilkan karton Tetra Pak datang daripada sumber-sumber yang terkawal dan diiktiraf FSC.

Bertempat di pusat beli-belah Sunway Pyramid, acara selama empat hari itu dianjurkan dalam format permainan yang memberi peluang kepada pengunjung mengikuti perjalanan sebuah karton Tetra Pak daripada peringkat sumber di hutan sehingga ke pusat jualan dan melalui manfaat langkah kitar semula karton yang mampan. Antara jenama-jenama yang membungkus produk mereka dalam karton Tetra Pak adalah Ace Canning, Amoy Canning, Dutch Lady, Etika, F&N, Linaco, Marigold, Nestle, Tropicana dan Yeo’s.

“Kami benar-benar percaya bahawa sifat bertanggungjawab terhadap alam sekitar merupakan asas perniagaan yang baik. Bersama-sama pembekal, pelanggan dan pihak berkepentingan lain, kami menerajui industri dalam aspek penyumberan bertanggungjawab dan berusaha ke arah pembungkusan boleh-diperbaharui sepenuhnya. Kini, kami menggesa rakyat Malaysia untuk membuat pembelian yang bertanggungjawab dengan memilih bungkusan yang tumbuh kembali,” kata Brian May, Pengarah Urusan Tetra Pak Malaysia, Singapura dan Filipina.

Alistair Monument, FSC Asia Pacific Regional Director; Brian may, Managing Director of Tetra Pak Malaysia, Singapore and the Philippines; and Jeffrey Fielkow, Vice President – Environment, Tetra Pak Asia, posing after the launching of the Pack That Grows Back event

Dari kiri: Alistair Monument, Pengarah Serantau FSC Asia Pasifik; Brian May, Pengarah Urusan Tetra Pak Malaysia, Singapura dan Filipina; dan Jeffrey Fielkow, Naib Presiden Sektor Alam Sekitar, Tetra Pak Asia, semasa kempen ‘Pack That Grows Back’

Kuasa Sekeping Label

Menurut Laporan Penyelidikan Alam Sekitar Global Tetra Pak 2015 yang melibatkan 6,000 pengguna di 12 buah negara, 39% daripada responden mencari logo penjagaan alam sekitar ketika membeli-belah. Lebih menggalakkan apabila bilangan pengguna yang mengenali logo FSC meningkat daripada 4% pada tahun 2013 kepada 23% dalam tempoh hanya dua tahun.

Laporan berkenaan turut mendedahkan, 70% daripada jenama-jenama berpengaruh telah mengisytiharkan bahawa inisiatif-inisiatif berkaitan penjagaan alam memberikan impak terhadap ekuiti jenama, sementara 62% menyatakan bahawa logo FSC telah menjadikan jenama mereka lebih bermakna kepada pengguna.

“Untuk memastikan bahawa orang ramai mengetahui bahawa mereka memilih pembungkusan yang menepati standard-standard tertinggi yang ditetapkan bagi melindungi hutan-hutan yang menjadi sumber papan kertas kami, syarikat kami giat menggalakkan pelanggan untuk menggunakan logo FSC dalam rekaan pembungkusan mereka. Matlamat jangka panjang kami ialah untuk menyediakan kesemua karton kami dengan label FSC,” tambah May.

Students of ISKL getting creative by using used Tetra Pak cartons to make trees

Para pelajar ISKL menunjukkan kreativiti menggunakan karton Tetra Pak untuk menghasilkan pokok hiasan

FSC: Standard Emas Bagi Perhutanan Bertanggungjawab

Sejak penubuhannya pada tahun 1993, FSC dengan pantas menjadi standard pilihan bagi pensijilan pengurusan hutan bertanggungjawab ekoran kredibiliti dan pengiktirafan global yang dimilikinya. Ia dibentuk menerusi gabungan perniagaan, ahli-ahli alam sekitar dan pemimpin komuniti yang mewujudkan pendekatan berasaskan pasaran dan secara sukarela bagi mempertingkatkan amalan penjagaan hutan di seluruh dunia susulan kegagalan Sidang Kemuncak Bumi 1992 di Rio de Janeiro dalam mendapatkan persetujuan dunia untuk menghentikan kemusnahan hutan.

Beroperasi di lebih 100 pasaran, FSC memastikan hutan-hutan dunia diuruskan dan dituai dengan penuh bertanggungjawab. Label FSC membolehkan perniagaan dan pengguna membuat pilihan bermaklumat mengenai produk hutan yang mereka beli dan mewujudkan impak sosial dan alam sekitar yang positif dengan melibatkan skala pasaran. Kini pelbagai kerajaan, syarikat dan organisasi menginginkan produk diiktiraf FSC dalam polisi pembelian mereka.

Sehingga tahun 2016, lebih 195 juta hektar hutan di lebih 80 buah negara di seluruh dunia telah menerima pensijilan FSC dan 31,500 syarikat telah menerima pensijilan Rantaian Penjagaan (Chain-of-Custody) yang membenarkan mereka menggunakan label FSC dalam rantaian pembekalan mereka.

“Logo FSC dan label-label pada produk telah menjadi penanda yang dipercayai di peringkat global bagi perniagaan dan pelanggan yang mencari produk-produk berasaskan hutan yang memberi manfaat kepada manusia sejagat dan hutan. Selain menyediakan nilai perniagaan yang berterusan, FSC juga turut membenarkan syarikat-syarikat terlibat mengambil tindakan terus untuk menghentikan kemusnahan hutan. Ia merupakan satu penghormatan untuk bekerjasama dengan penggiat dalam usaha-usaha kelestarian alam seperti Tetra Pak bagi memacu permintaan amalan perhutanan bertanggungjawab dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pilihan pembelian yang dibuat oleh mereka,” kata Alistair Monument, Pengarah Rantau Asia Pasifik FSC.

tetra-pak-6

Pelajar sekolah SK Dato Onn Jaafar mempelajari bagaimana mengenalpasti label FSC pada produk kertas

Pilih ‘Pohon dengan Tanda Semakan’, Bantu Melindungi Hutan Dunia

Sehingga April 2016, 200 bilion karton Tetra Pak mempamerkan label FSC di 39 buah negara di seluruh dunia, sementara 100% kilang dan syarikat-syarikatnya adalah pemegang pensijilan Rantaian Penjagaan FSC. Karton berlabel FSC juga disediakan di pasaran Malaysia sejak tahun 2014.

“Sebagai penggiat industri yang bertanggungjawab dan penyedia penyelesaian pembungkusan dan pemprosesan makanan terkemuka dunia, Tetra Pak memberi sokongan penuh terhadap penggunaan label FSC dan mampu menyediakan 100% material pembungkusan yang diiktiraf FSC. Untuk mengenal pasti label FSC di karton-karton Tetra Pak, cari logo ‘pohon dengan tanda semalan’ yang tertera di atasnya,” kata May.

Kempen ‘The Pack That Grows Back’ berlangsung dari 10-13 November 2016 di Orange Concourse, pusat beli-belah Sunway Pyramid pada pukul 10 pagi hingga 10 malam. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web https://www.facebook.com/tetrapakmalaysia.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×