Cantik

Inovasi Penjagaan Kulit NIVEA Terima Perhatian Raja Permaisuri Agong, Di Piala Seri Endon 2024!

14
SHARES
Piala Seri Endon

Sekiranya anda terlepas cerita, di tengah-tengah kemeriahan sambutan batik tradisional Malaysia iaitu Pertandingan Rekaan Batik Tahunan Piala Seri Endon ke-19, penampilan Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah yang mencemar duli telah menambahkan lagi sentuhan pesona diraja pada acara tersebut.

Baca juga: MAG Bawa Inovasi Terkini Di MATTA Fair 2024, Tawar Sehingga 30% Diskaun Penerbangan!

PIALA SRI ENDON 2024 BERSAMA RAKAN KONGSI NIVEA

Piala Seri Endon

Di sebalik rekaan batik yang elegan, apa yang menarik perhatian para tetamu ialah minat Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang mendalam terhadap penemuan terbaru produk penjagaan kulit NIVEA.

NIVEA sebagai rakan kongsi lama acara itu, mempamerkan LUMINOUS630 Anti-Spot Serum yang merupakan bukan sembarangan serum!

Ia adalah penyelesaian anti-bintik nombor satu dunia yang terkenal untuk menangani kedua-dua bintik hitam yang boleh dilihat dan yang tersembunyi jauh di bawah permukaan kulit.

Baginda, bersama Dato’ Leela Mohd Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Budi Penyayang Malaysia, singgah di ruang petak NIVEA dan disambut mesra oleh Dr. Christopher Vierhaus, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura.

Baca juga: Jangan Malas Buat 3+ Rutin Jaga Wajah Sebelum Tidur Malam, Baru Sihat Kulitnya!

LUMINOUS 630

Di mana, Dr. Vierhaus telah menerangkan sains di sebalik serum NIVEA di dalam perbualan yang serba bermaklumat itu.

“Kebanyakan orang berasa bimbang tentang bintik-bintik hitam sebaik sahaja mereka melihatnya, maka kami menciptakan satu produk yang secara langsung lebih mendalam. LUMINOUS 630 bukan sahaja menangani bintik-bintik yang boleh dilihat tetapi juga yang tersembunya terbentuk di bawah kulit,” kongsinya.

Menariknya lagi, ialah bagaimana tempat tersembunyi bintik hitam ini berkembang.

Disebabkan oleh lebihan melanin, bintik-bintik hitam boleh terbentuk jauh di dalam lapisan kulit, kekal tidak kelihatan sehingga akhirnya timbul ke permukaan yang mana pada masa itu, ia lebih sukar untuk dirawat.

Baca juga: Top 11 Atlet Jelita Olimpik Paris 2024, Yang No.5 Itu Bikin Hati Cair Bila Pandang!

Piala Seri Endon

Penyelesaian NIVEA? Ramuan yang dipatenkan dipanggil Thiamidol, yang secara langsung menyasarkan hiperpigmentasi pada dasarnya, menjadikan kulit bersih dan bercahaya.

Ia disokong oleh sains dan telah diluluskan lebih 100 doktor dan ahli farmasi Malaysia, menjadikan reputasinya sebagai penyelesaian terbaik untuk sesiapa sahaja yang sedang memerangi bintik hitam.

Sambil Baginda berbesar hati menerima set hadiah NIVEA eksklusif, Dr. Vierhaus menambah,

“Kami di sini bukan sahaja menawarkan penjagaan kulit yang hebat; malah juga menyokong dan meraikan fabrik budaya Malaysia, seperti tradisi batik yang kaya,” ujarnya.

Baca juga: YouthSAYS Buka Peluang Buat Penulis Muda Untuk Menerbitkan Karyanya!

Sekiranya anda ingin tahu tentang serum yang menarik perhatian Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah, tidak usah pergi jauh.

Kini, ia boleh didapati di Watsons seluruh negara. Malah, dengan kisah kejayaan yang tidak terkira banyaknya daripada pengguna yang melaporkan sehingga 82% lebih sedikit bintik gelap, ia wajar dicuba!

Anda juga boleh mengikuti NIVEA di Facebook atau layari laman web rasmi untuk mengetahui maklumat terkini.

LUMINOUS 630

Baca juga: 4 Toner DIY Guna Bahan Natural Yang Selamat, Dari Cerahkan Kulit Kusam Hingga Kecilkan Pori!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×