Pantang

Petua Mudah Merawat Bentan Lepas Bersalin. Jangan Dibiar Melarat!

785
SHARES

Pernahkah anda dengar tentang bentan bersalin? Ia adalah kesakitan yang dialami oleh wanita selepas bersalin akibat mengabaikan penjagaan diri semasa berpantang atau ‘melanggar pantang’.

Tanda Terkena Bentan Bersalin

Biasanya seseorang yang terkena bentan dikaitkan dengan ‘melanggar pantang’ seperti mengambil makanan-makanan sejuk, terlalu aktif membuat kerja rumah, atau tersepak benda keras. Si ibu biasanya mengalami demam, bisa urat, lenguh sendi, sakit tumit, atau tumpah darah. Seluruh badan pula terasa sejuk hingga menggigil dan rasa nak pitam.

Bentan bersalin ini boleh ‘menyeksakan’ jika tidak ditangani dengan secepatnya. Maka hari ini kita berbesar hati kerana Puan Norliza Mohd Salleh sudi berkongsi tips untuk merawatnya dengan mudah di rumah. Ada langkah demi langkah untuk kita rujuk. Semoga bermanfaat!

Petua Mudah Merawat Bentan Bersalin

Petua merawat bentan bersalin ini adalah dengan membuat nasi kepal yang kita panggil ‘sushi garlic’. Tapi bukan dari beras pulut ya. Kita cuma guna beras nasi biasa saja. Kalau guna pulut, takut bentan makin menjadi-jadi pula.

Berikut adalah bahan dan cara membuatnya. Mudah saja.

Bahan-bahan

Hanya 2 bahan yang diperlukan iaitu:

  • Nasi panas (yang lembik sedikit)
  • Beberapa ulas bawang putih

bentan-bersalin

Cara-cara

Berikut adalah cara membuat ‘sushi garlic’ untuk merawat bentan.

1. Bakar Bawang Putih

Pertama sekali bakar / sangaikan bawang putih. Jangan bakar sampai rentung pula, nanti pahit.

bentan-bersalin-1

2. Masukkan Bawang Dalam Nasi

Masukkan seulas bawang putih yang dah dibakar ke dalam nasi yang dikepalkan.

bentan-bersalin-2

Beginilah lebih kurang hasilnya.

bentan-bersalin-3

3. Makan perlahan-lahan

Dah siap terus makan perlahan-lahan. Sebelum itu baca bismillah dulu dan Selawat. InsyaAllah bentan akan hilang serta berkurangan.

bentan bersalin

Selamat Mencuba!

Mudah, bukan? Kalau nak lagi senang, boleh rujuk video di bawah. Semoga tips ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana menghadapi pantang dengan sihat dan cergas.

Bentan jangan dibuat main. Merana jiwa dan raga.

Boleh kongsikan pada wanita di luar sana, manalah tahu ada yang sedang berpantang. InsyaAllah bermanfaat.

Terima kasih!

*Puan Norliza mengamalkan jamu hampir 5 tahun setelah beliau sendiri mengalami masalah dalaman wanita. Kini, beliau aktif menawarkan cara berjamu dengan betul menggunakan herba terpilih dan mudah dibuat sendiri di rumah. Beliau juga pernah ditampilkan melalui Majalah Harmoni Edisi Februari 2017.

**Perkongsian asal petua merawat bentan bersalin ini adalah daripada Puan Norliza Mohd Salleh melalui laman Facebook peribadinya dan ia diterbitkan semula dengan kebenaran. Follow beliau di SINI untuk mengikuti lebih banyak tips dan khidmat rundingan dari semasa ke semasa.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×