Sihat

Petua Kurangkan Bengkak Terseliuh Guna Bahan Tradisional, Menjadi!

33
SHARES

Bengkak pada bahagian kaki berlaku disebabkan pelbagai punca antaranya terseliuh atau tergeliat semasa bersukan. Pasti pelbagai rawatan dilakukan untuk mengurangkan bengkak tetapi masih tetap tidak berjaya dan sama sahaja.

Justeru itu, kami kongsikan untuk anda petua tradisional untuk mengurangkan bengkak terseliuh dengan beberapa langkah mudah. Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah disediakan. Ikuti perkongsian Ana Mahabu di bawah.

Baca juga: 9 Makanan Penting Anda Boleh Makan Untuk Elak Diserang Gastrik Ketika Puasa

PETUA KURANGKAN BENGKAK TERSELIUH GUNA BAHAN TRADISIONAL

Di sini saya akan kongsikan untuk mengecutkan bengkak jika anda terseliuh. Dengan tips ini akan membantu mempercepatkan proses rawatan.

Cara pertama:

– Tepung gandum dan halia.

Cara penyediaan: 

1. Halia diambil secukupnya dan tumbuk dengan lesung batu (blender pun boleh)

2. Setelah lumat campurkan dengan sedikit tepung gandum.( Tak terlalu banyak cukup sekadar menjadi ‘agen’ pelekat sahaja)

3. Letakkan pada kawasan yang sedang membengkak. Lazimnya bahagian yang ditempekkan halia akan terasa sedikit panas, jangan risau biarkan saja. Jika terlampau panas boleh kurangkan halia yang digunakan mengikut kesesuaian.

4. Lakukan petua ini setiap hari sehingga bengkak surut.

Petua di atas juga boleh digunakan untuk melegakan sakit urat seperti:

  • Terseliuh
  • Sakit pinggang.
  • Sakit lutut.
  • Lenguh di mana-mana bahagian tubuh.
  • Asma/ Sesak nafas (letak dibahagian dada dan belikat).
  • Perut kembung.

Caranya mudah, iaitu hanya perlu tempekkan sahaja pada bahagian-bahagian yang bermasalah. Untuk merawat sakit lutut, lumurkan bahan yang ini ke seluruh lutut termasuk bahagian pelipat (jika perlu), dan lebihkan kira-kira 3 inci ke atas bahagian lutut ,iaitu sebahagian daripada peha. Biarkan selama 1 jam untuk setiap sesi rawatan.

Jika tidak mahu menggunakan tepung, ambil sahaja halia yang telah ditumbuk tadi kemudian tempekkan terus pada bahagian yang bengkak/sakit urat, tutupkan dengan daun yang lebar atau plastik, kemudian balutkan dengan kain atau bandage.

Cara kedua:  

– Segenggam beras, lengkuas dan air.

Cara penyediaan: 

1. Beras direndam 1 jam sebelum ditumbuk. Lengkuas pula dibasuh hingga bersih. Tak perlu dibuang kulitnya.

2. Tumbuk kedua-dua bahan tadi hingga lumat. Bila dah agak hancur, boleh tambahkan sedikit air. Teruskan menumbuk hingga betul-betul halus.

3. Bila dah hancur, boleh masukkan ke dalam bekas. Siap untuk digunakan. Sapu rata pada bahagian yang bengkak. Biarkan seketika supaya bahan-bahan meresap.

4. Bila dah agak kering, bolehlah bilas semula dengan air bersih. Sapu waktu malam biarkan semalaman. InsyaAllah esok pagi dah susut.

Petua hilangkan bengkak kaki akibat mengandung: 

– Wanita mengandung biasanya akan mengalami bengkak kaki apabila kandungan semakin besar. Jika anda mengalaminya, boleh amalkan petua dibawah:

1. Lumurkan asam jawa & garam pada kaki dan tangan yang bengkak, Biarkan semalam 30 minit hingga 1 jam.

2. Posisikan kaki lebih tinggi dari dada. Hal ini dapat membantu mengurangkan gejala kaki bengkak kerana mempermudahkan aliran darah kembali ke jantung.

Petua hilangkan bengkak akibat patah atau retak. 

Ini adalah petua tradisional yang sangat berkesan.

  • 2 batang serai
  • Telur putih
  • Sehelai daun melung (juga dikenali sebagai daun tembaga suasa)
  • Kain Pembalut

Caranya, tumbuk serai sehingga lumat, masukkan putih telur. Jangan sampai berair, agak-agak sesuai dengan serai.

Balut bersama dengan daun melung dan akhir sekali sudahkan balutan dengan kain pembalut, ikat agar serai tak beralih tempat. Pakai sebelum tidur selama 3 malam berturut-turut, pagi esok boleh dibasuh.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Ana Mahabu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×