Berita mengejutkan di kawasan Jalan Klang Lama, apabila seorang anak dilaporkan menyimpan mayat ibunya di dalam peti freezer sejak tahun 2021.
Perkara itu dihidu oleh pihak polis, selepas anak lelaki mangsa membuat laporan mengenai tindakannya itu.
Baca juga: [VIDEO] Ramai Kagum, Individu Kongsi Kecantikan Setiap Helaian Pasport Malaysia Bawah UV!
PETI FREEZER SIMPAN MAYAT IBU
Media tempatan melaporkan, mangsa dipercayai dibunuh oleh anaknya sejak 2021. Penemuan mayat dibuat oleh pihak polis di sebuah rumah di Jalan Klang Lama, Kuala Lumur, pada Selasa.
Baca juga: GLC Tempatan ‘Reject’ Jurutera Pengalaman 17 Tahun, Sebab CGPA Bawah 3.0 Beberapa Dekad Lalu!
Menurut sumber, anak lelaki mangsa yang dilaporkan mengalami masalah kesihatan menghubungi polis memaklumkan kejadian itu.
“Berdasarkan maklumat awal, suspek turut berada bersebelahan peti sejuk beku berkenaan ketika polis tiba di lokasi kejadian,” katanya.
Pada masa ini sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields masih menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.
Sumber: Sinar Harian
FT Image: Sinar Harian