Hebahan

Sertai Kami Di Vienna, Austria untuk Persidangan Dunia Bagi Kanser Paru-Paru Ke-17, 4-7 Disember 2016

21
SHARES

Apa: The International Association for the Study of Lung Cancer (IASLC) akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Dunia Bagi Kanser Paru-Paru Ke-17 (WCLC) pada 4-7 Disember, 2016 di Vienna, Austria.

IASLC WCLC merupakan mesyuarat terbesar dunia bagi membincangkan kanser paru-paru, dengan lebih daripada 6,000 penyelidik, doktor, dan pakar dari lebih daripada 100 buah negara.

Persidangan 4-hari ini akan menyentuh pelbagai topik termasuk ucapan jemputan, kajian-kajian penyelidikan formal, dan keputusan-keputusan ujian klinikal. Semua sesi akan mendedahkan penemuan baru di dalam memerangi kanser paru-paru.

iaslclogo2

Bila: 4-7 Disember, 2016

Mana: Messe Wien Exhibition & Congress Center, Vienna, Austria

Siapa: Pakar bedah, pakar onkologi, pakar radiasi, pulmonologi, radiologi, patologi, epidemiologi, saintis penyelidikan asas, jururawat, pesakit dan media dijemput hadir untuk peluang mempelajari penyelidikan terkini dan perkembangan daripada pakar-pakar terkemuka di dalam bidang kanser paru-paru.

Untuk maklumat lanjut: Layari wclc2016.iaslc.org, termasuk jadual penuh acara persidangan.

Mengenai WCLC:

WCLC merupakan mesyuarat terbesar dunia bagi membincangkan kanser paru-paru, dengan lebih daripada 6,000 penyelidik, doktor, dan pakar dari lebih daripada 100 buah negara. Dengan tema “Bersama-sama Menentang Kanser Paru-Paru,” persidangan ini meliputi pelbagai topik dan akan menampilkan hasil kajian dan keputusan ujian klinikal. Untuk maklumat lanjut, layaro http://wclc2016.iaslc.org/.

Mengenai IASLC:

The International Association for the Study of Lung Cancer (IASLC) merupakan satu-satunya organisasi global untuk kanser paru-paru. Ditubuhkan pada tahun 1974, keahlian persatuan termasuk lebih daripada 5,000 pakar kanser paru-paru di lebih daripada 100 buah negara. Layari www.iaslc.org untuk maklumat lanjut.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×