Rakyat

Bayi Dilambung Untuk Persembahan Jalanan Di Bukit Bintang, Backpacker Rusia Kini Ditahan

485
SHARES

Bukit Bintang sememangnya terkenal sebagai salah satu tempat yang popular dengan persembahan jalanan. Tapi lain pula jadinya bila ada yang cuba buat persembahan yang ‘mengerikan’, lebih-lebih lagi apabila melibatkan bayi.

Sebuah video seorang pelancong berdurasi selama 1 minit 26 saat menjadi viral di media sosial apabila seorang pelancong warga asing berkulit putih, dilihat menghayun serta melambung seorang bayi yang dipegang di bahagian kaki beberapa kali.

Perbuatan tersebut merupakan sebahagian daripada persembahan jalanan mereka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, di mana turut kelihatan seorang lagi lelaki dan dua wanita yang sedang bermain muzik.

Sungguhpun dalam video itu bayi berkenaan kelihatan teruja dan gembira, namun orang ramai khuatir ia akan mendatangkan kecederaan selain menganggapnya sebagai satu bentuk eksploitasi yang melanggar undang-undang.

Dipercayai Mengutip Derma Untuk Membiayai Perjalanan Mereka

Menurut pemilik akaun Facebook bernama Zayl Chia Abdullah, kejadian tak bertanggungjawab tersebut dirakam ketika dia berada di Bukit Bintang.

“I happen to pass by this area in Bukit Bintang and I saw this irresponsible act that can literally causes injury to that poor baby.

“Why is the authority allowing such act to be showcase to public. These street performer needs to be arrested! Please do something.”

Video penuh di sini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217882252990548&id=1310192681

Bahaya Shaken Baby Syndrome

Sementara itu, rata-rata pengguna laman sosial didapati mengecam tindakan sedemikian sekeras-kerasnya hingga ada yang melaporkannya dan membawa perhatian pihak berkuasa. Pihak polis pantas bertindak dan menahan warga Rusia tersebut.

Meskipun ada yang berpendapat ia mungkin sebuah kebiasaan di negara pelancong tersebut, namun ia lebih dilihat sebagai mengeksploitasi anak mereka sendiri bagi tujuan mengumpul dana.

Bukan itu saja, ia juga dikhuatiri berbahaya kepada fizikal bayi selain boleh mendatangkan kecederaan serius pada otak bayi atau shaken baby syndrome

Fuh, yang lain jangan tiru aksi macam ni pula ya!

 

*Sumber: Astro Awani, Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×