Kerjaya

Permohonan UPU Online Sesi 2020/2021 Dibuka 21 Oktober. Tak Perlu Beli No Unik ID, Ini Caranya

154
SHARES

Perhatian bagi pelajar lepasan SPM / STPM / Matrikulasi, pendaftaran permohonan UPUONLINE sesi 2020/2021 telahpun dibuka pada tarikh berikut:
– ISNIN
– 21 OKTOBER 2019
– 12.00 PM

Permohonan adalah melalui sistem online di laman web berikut:

https://upu.moe.gov.my

*Pemohon hanya perlu mengisi maklumat peribadi sahaja.

*Tiada pembelian NO.UNIK ID diperlukan.

*Hanya daftar dan login.

*Boleh semak program yang ditawarkan.

*Pendaftaran terbuka kepada :

  • Calon yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2019, 2018 dan 2017.
  • Calon yang menduduki peperiksaan STPM tahun 2019
  • Calon Matrikulasi / Pasum / Asasi
  • Calon yang menduduki peperiksaan STAM tahun 2019 dan 2018

Cara Memohon UPU ONLINE

1. Buka laman web UPU Online

Layari laman web UPU Online di https://upu.moe.gov.my

2. Daftar Pengguna

Pengguna pertama kali perlu mendaftar terlebih dahulu dengan menekan butang ‘Daftar Akaun Baru’.

3. Baca Manual & Isi Butiran

Lengkapkan butiran yang diminta dalam borang.

Semak manual pengguna untuk maklumat lanjut.

MANUAL_PENGGUNA_SPM

4. Semak Program Yang Ditawarkan

Semak program yang ditawarkan.

Simpan Maklumat & Kemaskini

Jangan lupa save maklumat yang telah diisi dan kemaskini jika terdapat maklumat tambahan.

Tarikh semakan keputusan akan dimaklumkan dalam masa terdekat nanti.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×