Ketika proses anak-anak semakin membesar, perkembangan dari segi intelektual dan perbuatan adalah yang paling ketara dapat dilihat. Begitu juga dengan kekuatan sensori iaitu dari segi sentuhan mereka. Salah satu idea yang ibubapa boleh cuba untuk lebih melatih anak supaya mahir dalam sensory development adalah dengan menggunakan sensory bin. Rupa-rupanya sensory bin ini boleh dibuat sendiri di rumah. Nak tahu macam mana? Jom kita baca perkongsian ini.
DIY SENSORY BIN UNTUK ANAK UMUR 2 TAHUN ILHAM DARI PINTEREST
Semalam lepas Ayue share Qaayed main sensory bin yg kami DIY sendiri, ramai sangat yang dm tanya macam-macam soalan. Bin beli dekat mana? Berapa ukuran? Macam mana buat? So Ayue tulis semua siap-siap kat sini semua jawapan eh.
Sensory bin ni memang dah lama sangat Ayue nak buat sebab nak bagi Qaayed main lebih banyak aktiviti sensory. Bila dah ada sensory bin, macam-macam idea muncul dalam kepala ni nak buat aktiviti dgn Qaayed. Main dengan air, pasir, batu, jelly, ais, playdoh. Eh banyak lagi lah. Bagi dia main sambil belajar gitu.
Bagi dia lihat, bagi dia rasa, bagi dia sentuh. Penting untuk kanak-kanak bawah umur 2 tahun ni bermain permainan sensory untuk ransang deria-deria diorang tau. Sensory bin pulak senang Ayue nak setup dekat luar rumah, dalam rumah, dapur. Tenang sikit nak masak sebab Qaayed boleh main lebih dari sejam benda ni.
BARANG- BARANG YANG ANDA PERLUKAN
Ok, untuk menjawap persoalan semua:
1) Bin – Ayue beli dekat Mydin je. RM20 satu bin.
2) Corong beli dekat kedai RM2. 3) Pipe & connector – Beli dekat kedai hardware. Ayue guna :
– sebatang pipe pvc 3/4inch
– 4 pcs 3way elbow
– 2 pcs Cross
– 2 pcs 90° elbow
– 10 pcs TEE
– 3 pcs 45° elbow
– 4 pcs end cap
– Gergaji pipe.
Untuk ukuran, sorry sebab Ayue sendiri pun main agak-agak je ukur ikut ketinggian Qaayed. Ayue buat paras-paras perut dia supaya senang dia nak main. Lain anak lain ketinggian kan. Tinggi Qaayed 81cm. Size bin yang korang beli nanti pun berbeza-beza. Jadi macam tak relevan pulak kalau Ayue bagi ukuran kan.
And pipe ni semua Ayue tak gam pun. Kukuh dah design ni. Letak air penuh bin pun steady je takda goyang-goyang. Nanti boleh adjust bila Qaayed dah tinggi sikit. Nak travel bawak pergi pantai or balik kg pun senang sebab boleh bukak-bukak. Hehe. Ilham Ayue ambil dari Pinterest.
Sumber : Ayue Idris